ALHAMDULILLAH – BLOG SMKPS SUDAH MELEPASI 1 JUTA HITS

ANTARA AKTIVITI SEKOLAH YANG DILAPORKAN: MERENTAS DESA

Oleh: Mustaffa Siraj

Pada pukul 10 malam ini, Blog SMKPS mencipta sejarah apabila berjaya melepasi 1 juta hits, satu pencapaian yang menggembirakan Pengetua SMKPS, Encik Mohsin Ibrahim, para bloggers dan seluruh warga sekolah.

Teringat ketika blog ini diasaskan pada bulan Februari 2009 oleh saudara Najhan Hamid, guru sandaran di sekolah kami. Ketika itu beliau meyakinkan saya dan saudara Khamsuldin betapa wajar diwujudkan blog sekolah ini.

Sejak itu kami mula memasukkan post seperti berita, rencana, kuiz, teka teki, puisi dan sebagainya lagi. Pada ketika itu, hendak mendapat 100 hits sehari pun sukar. Antara penyumbang post selain saya, saudara Khamsuldin dan saudara Najhan ialah saudara Ramlan Pit, Puan Umi Kalsum (kini blogger tetap) dan Cik Yusaida Mohd Yusuf.

Post demi post dikeluarkan dan kini bilangan post menghampiri bilangan 400. Usaha Encik Khamsuldin memasukkan post berkaitan kerja kursus Geografi dan telah menarik lebih ramai pelawat, khasnya pelajar dari seluruh negara.

Dengan usaha Puan Umi Kalsum Idham, beliau memasukkan video, karya pelajar, buletin Wadah Aksara, soalan-soalan peperiksaan dan pelbagai pautan. Kesemua itu menambah berjaya menambah pengunjung. Sesiapa sahaja boleh klik untuk menggunakan pautan PPD Batu Pahat, Kementerian Pelajaran, SAPS dan sebagainya.

Sesuatu yang menggembirakan, blog ini turut menerima pelawat dari luar negara, misalnya dari Amerika Syarikat, Britain, Iceland, Perancis, Australia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Walaupun kami tidak mengenali siapa anda, tetapi kami menghargai kunjungan anda semua!

Sokongan kuat dari Pengetua SMKPS, Encik Mohsin Ibrahim telah memberi inspirasi untuk kami para bloggers bagi memakmurkan lagi blog ini. Beliau juga mengesyorkan blog membuka ruang iklan.

Langkah selepas ini ialah membuka blog ini kepada ruang iklan. Syarikat-syarikat perniagaan akan dikenal pasti bagi mengiklankan produk dan perkhidmatan mereka di blog ini. Usaha ini akan dapat membantu pihak sekolah apabila mereka menyalurkan bayaran pengkilanan nanti.

Harapan kami agar blog ini dapat memberi manfaat kepada para pelawat, tidak kira pelajar, guru atau orang awam. Teruskan mengunjungi blog kami – selain dapat menyuburkan budaya membaca, mungkin ada manfaat lain yang anda dapat nanti.

Yang pasti, para bloggers akan terus berusaha menambah kualiti dan kuantiti pada blog ini.Kami tidak akan berhenti setakat ini!

Akhir kata , tahniah kepada rakan-rakan blogger, guru, pelajar dan orang ramai yang terbabit secara langsung atau tidak langsung dengan blog ini hingga menjadikan impian kami mencapai bilangan 1 juta hit menjadi kenyataan. Tanpa sokongan anda, blog ini tidak ke mana

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

3 Responses to ALHAMDULILLAH – BLOG SMKPS SUDAH MELEPASI 1 JUTA HITS

  1. sani says:

    Alhamdulillah SMKPS telah melepasi hit dlm blog ini.Kpd pengasas dan pengedali blog SMKPS 1juta tahniah!!!

  2. SMKPS says:

    Terima kasih atas sokongan padu semua pihak dan galakan daripada tuan pengetua SMKPS, En. Mohsin bin Ibrahim terutamanya dan guru-guru yang banyak menyumbang idea. Terima kasih juga buat ex-student SMKPS yang masih memberi sokongan, dan sering memberi komen yang membina, semoga kerinduan terhadap SMKPS terubat jua akhirnya. Kepada pengunjung-pengunjung blog SMKPS, jutaan penghargaan kerana sentiasa memberi sokongan. Diharap segala maklumat yang ada dapat digunakan dengan sebaik mungkin. Teruskan perjuangan.

  3. Pengetua SMKPS says:

    Tahniah kepada rakan-rakan blogger, Tn Hj Mustafa, Pn Umi Kalsom, Cikgu Mamat, Tn Hj Ramlan, Cik Yusaida dan lain-lain guru, pelajar serta orang ramai yang sentiasa mengikuti blog SMK Penghulu Saat. Terima kasih atas sokongan.

    Pengetua SMk PS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s