PERKHEMAHAN KOKURIKULUM SELAMAT DIJALANKAN

GURU DAN PESERTA BERGAMBAR KENANGAN DI HADAPAN DEWAN PAK MALAU SEBELUM KEMBALI

Oleh :Mustaffa Siraj

MERSING, 27 Mei –  Perkhemahan Bersepadu Unit beruniform SMK Penghulu Saat melabuhkan tirainya petang tadi di Teluk Gorek Resort, Mersing. Perkhemahan disertai kira-kira 80 pelajar dan 12 orang guru. Perkhemahan  berlangsung dari 26 hingga 27 Mei 2012.

Pelbagai aktiviti dijalankan, antaranya kembara hutan, malam kebudayaan, sungai asid, solat berjemaah dan tazkirah, joging pantai, Explorace  senam robik dan BBQ.

CIKGU YASIN (BAJU KUNING) SEDANG MEMBERI TAKLIMAT SEBELUM AKTIVITI SUNGAI ASID

Turut hadir  ialah Guru Penolong Kanan, Encik Razak Othman dan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar, Tuan Haji Zainal Abidin. Perkhemahan diserikan dengan kehadiran lima ahli Pengakap Kelana Parit Sulong yang sanggup datang bermotosikal demi membantu menjayakan perkhemahan ini.

Guru-guru yang  turut serta ialah,  Haji Ramlan Pit, Encik Norhisham Khalid, Encik Yassin Salleh, Encik Mohd Khir, Encik Rosmadi Paiman, Puan Idayati Rahim , Cik Siti Fariza Azman dan Puan Nora Zaini.

LAKONAN DRAMA KELUARGA OLEH SATU KUMPULAN

Kumpulan terbaik jatuh kepada  kumpulan Vanda, diikuti kumpulan Ipomea dan Rafflesia. Peserta terbaik lelaki ialah Mohd Hakim Zamri manakala pesert perempuan  terbaik disandang Norsyafiqah Azahah.    Pelakon terbaik jatuh kepada Afiq  Nazali manakala pelakon perempuan Nur Zety   Izzati.

Cuaca yang baik dan cerah mengizinkan aktiviti dijalankan dengan sempurna. Kerjasama guru-guru dan ahli perkhemahan menjadikan atur cara ber jalan lancar dan dapat diselesaikan mengikut jadual.

Sharul Mumtaza dari badan beruniform Bulan Sabit  Merah melahirkan rasa puas hati dengan pengisian perkhemahan dan dapat menimba pelbagai pengalaman berguna. Dia melahirkan rasa bersyukur kerana mendapat peluang menyertai perkhemahan kali ini dan turut serta dalam perkhemahan tahun lalu di Kem Kaizen,Gunung  Pulai.

SEBAHAGIAN DARIPADA GURU YANG TURUT SERTA DALAM PERKHEMAHAN

Apapun, tahniah dan terima kasih kepada semua yang menjayakan  perkhemahan kali ini.   Tanpa sokongan anda, perkhemahan ini tidak mungkin berjaya!

-SM

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

2 Responses to PERKHEMAHAN KOKURIKULUM SELAMAT DIJALANKAN

  1. sila ambil perhatian..page ini sedang menjadi target untuk digodam…yg saya dgr la….

  2. Pengetua says:

    Alhamdulilah, selamat pergi dan selamat kembali.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s