SMKPS ADAKAN MAJLIS 4 DALAM 1: ANUGERAH SPM 2011, HARI TERBUKA, HARI KEUSAHAWANAN DAN TAKLIMAT PBS

Oleh: Mustaffa Siraj

Tuan Haji Armas menyanpaikan anugerah kepada Nurul Ashikin binti Isnin salah seorang pelajar cemerlang  SPM  Tahun 2011

Parit Sulong, 20 JUN – SMK Penghulu Saat mengadakan majlis 4 dalam 1, iaitu Anugerah SPM 2011, Hari Terbuka, Taklimat Penilaian Berasaskan Sekolah  dan Hari Keusahawanan hari ini.

Untuk anugerah SPM 2011, majlis disempurnakan Tuan Haji Armas Derusman, Timbalan Pegawai Pelajaran daerah Batu Pahat. Seramai 24 pelajar yang sekurang-kurangnya mendapat 6A telah menerima hadiah. 5 mata pelajaran yang mendapat tempat pertama daerah turut menerima anugerah, iaitu mata pelajaran Sains, Geografi, MPV, Sains Pertanian dan Perdagangan.

Dalam ucapannya, Pengetua SMKPS, Encik Mohsin Ibrahim menghargai peranan guru dan ibu bapa hingga SMKPS mendapat tempat ketiga peringkat daerah Batu Pahat. Beliau turut memaklumkan publisiti tentang SMKPS begitu meluas di akhbar tempatan sejak akhir-akhir ini.

Tuan Haji Armas pula memberi ulasan bahawa telah ada pasukan yang mantap di SMKPS hingga membuahkan hasil yang baik dalam peperiksaan PMR dan SPM. Beliau memuji pencapaian sekolah yang memberansangkan walaupun sekolah ini sekolah harian biasa. Beliau mahukan kejayaan itu diteruskan pada masa depan.

Pada jualan hari keusahawanan pula, 37 buah gerai telah menjalankan perniagaan, antaranya gerai makanan, pakaian, wayang gambar, permintaan lagu, barangan dapur dan hasil pertanian. Pelajar-pelajar yang mengendalikan gerai telah bertungkus lumus berusaha melariskan barangan jualan masing-masing. DJ  Abd.Razib Urif telah menghangatkan suasana dengan pengendalian yang ceria dan menghiburkan.

Hari Terbuka turut dijalankan dan para penjaga kelihatan berpusu-pusu untuk berbincang dan berjumpa dengan guru kelas bagi mendapatkan perkembangan akademik anak masing-masing. Kehadiran adalah memuaskan dan sebelum balik, mereka sempat membeli-belah pada jualan Hari Keusahawanan.

    Taklimat Penilaian Berasaskan Sekolah untuk ibu bapa pelajar Tingkatan 1 telah disampaikan oleh  Encik Razak Othman, Guru Penolong Kanan 1 bertempat di Dewan Sekolah.
Empat  program yang dilaksanakan hari ini berjalan lancar dan majlis berakhir jam 1 tengah hari.

-SMKPS

 Gerai  jualan tingkatan  4 Aktif

Kaum ibu yang menghadiri taklimat PBS tingkatan 1

Tuan haji Sahruddin bin Samsuri  sedang berbincang  dari hati ke hati bersama  ibu dan  pelajar.

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

2 Responses to SMKPS ADAKAN MAJLIS 4 DALAM 1: ANUGERAH SPM 2011, HARI TERBUKA, HARI KEUSAHAWANAN DAN TAKLIMAT PBS

  1. noriza says:

    hari yang memenatkan, tapi seronok kerana agenda terlaksana…

  2. emediacoder says:

    As A result of globalization we see and learn more about what is happening around the globe. Social media programs show us targets and ways of living that we have never seen before and due to on how to be social, not on how to do social. For some people this has created the need to keep in touch with people all over the world we encounter in our travels. As I’m writing this article, I am a Dutch woman, lives in Switzerland, working on an international project. The technique is only satisfy the need to stay in touch with people, cultures and societies around the world.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s