PERTANDINGAN MENEMBAK KOR KADET POLIS BATU PAHAT

'Tepat ke sasaran' begitulah yang dilakukan oleh anggota Kadet Polis SMKPS

Oleh: Umi Kalsum Idham

Melaka, 18 Jun 2012. Pertandingan menembak telah diadakan oleh Kor Kadet polis Daerah Batu Pahat bertempat di lapang Sasar PDRM IPK Melaka. Pertandingan disertai oleh 21 buah sekolah yang telah menghantar 4 orang peserta. Kontijen Kadet Polis SMK Penghulu Saat tidak terlepas mengambil peluang yang ada dengan  menghantar wakil dari kategori guru dan pelajar. Selain menberi pengalaman dan menanam minat pelaja,r aktiviti ini juga dapat mendidik pelajar berdisiplin dan menyerlahkan ketahanan fizikal dan mental mereka. Bakat yang ada pada pelajar SMK Penghulu Saat yang mewakili sekolah ini terbukti dengan kejayaan sekali lagi Sarjan platun Kadet Polis SMK Penghulu Saat , Nor Syafiqah binti Azhah merangkul tempat ke-3 dalam pertandingan menembak kategori individu. Bukan itu sahaja, Kontijen Kadet Polis SMK penghulu Saat  juga telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-3 dalam kategori kumpulan. Malahan yang lebih membanggakan lagi apabila guru penasihat Kadet Polis SMk Penghulu Saat, Inspektor Kadet Sahri Othman mampu menduduki tempat yang ke-6 daripada 34 orang guru lelaki yang bertanding. Inspektor Kadet Fariza Azman turut menyertai pertandingan menembak dan berjaya menduduki tempat yang ke-4. Syabas diucapkan kepada Kontinjen Kadet Polis SMK Penghulu Saat. Semoga akan terus menwarnai kegemilangan .

Bakat Menembak terserlah dalam diri Inspektor Kadet Sahri Othman

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s