RUMAH BERANI JUARA KEJOHANAN OLAHRAGA SMKPS 2012

Oleh: Mustaffa Siraj

PARIT SULONG, 28 Jun – Rumah Berani muncul juara dalam kejohanan Balapan dan Padang SMKPS tahun 2012. Dengan mengumpul 1,077 mata, rumah Berani berjaya mengatasi rumah Jingga yang muncul naib johan dengan 1,050 mata.

Kejohanan kali ini berlangsung meriah dan dirasmikan oleh Encik Ismail Roslan, Pegawai Peladang  Batu Pahat. Hadir sama ialah Encik Mohd Arif Othman, Pengerusi PIBG dan Tuan Rosman Khamsaton, Pegawai Perhubungan Polis SMKPS.

ENCIK ISMAIL ROSLAN SEDANG MENYAMPAIKAN UCAPAN PERASMIAN

Terdahulu beliau menerima tabik hormat 15 kontinjen perbarisan yang terdiri daripada badan pengawas, pengawas Pusat Sumber, 7 unit beruniform dan 6 pasukan rumah sukan. Kesemua kontinjen telah mempamerkan aksi menarik yang menggambarkan kreativiti masing-masing, misalnya membawa maskot, berpakaian ala zaman Ali Baba (rumah Kuat), membawa usungan pesakit (BSMM) dan membuat tarikan Haka (KRS).

KONTINJEN RUMAH KUAT DENGAN PAKAIAN ALA ALI BABA

Dalam ucapannya, Encik Ismail memuji kesungguhan setiap kontinjen yang mengambil bahagian berbaris penuh semangat.  Beliau turut mahukan para pelajar meniru kejayaan atlet seperi Datuk Lee Chong Wei dan Nicol Ann David yang menyinar dalam bidang sukan.

KONTINJEN KRS MEMPERSEMBAHKAN TARIAN HAKA SEMASA LINTAS HORMAT

Olahragawan tahun ini disandang oleh Mohd Azfar Manap dari rumah Jingga manakala Olahragawati jatuh kepada Nur Syakira Jamil dari rumah Handal.

Sebagai acara selingan, para guru telah mengambil bahagian dalam acara merejam lembing, yang pemenangnya berdasarkan ketepatan lontaran mengenai sasaran di tengah gelung rotan. Pemenang lelaki disandang Encik Khamsuldin Abdul Wahab dan pemenang perempuan oleh guru pelatih .

ATLET BERSAING HEBAT DALAM ACARA 4 x100 METER

Pengetua SMKPS berpuas hati dengan kelancaran dan kesungguhan para guru dan pelajar menjayakan kejohanan kali ini. Beliau berterima kasih atas kerjasama semua hingga kejohanan dapat disempurnakan tepat jam 12 tengah hari.

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s