WADAH AKSARA, BULETIN SMKPS KIAN MANTAP

KOLEKSI WADAH AKSARA YANG DITERBITKAN

Oleh: Mustaffa Siraj

PARIT SULONG, 19 Julai – Wadah Aksara, buletin rasmi yang hadir setiap minggu di SMKPS kian mantap dan mendapat perhatian seluruh warga sekolah, selain mendapat perhatian masyarakat luar.

Buletin yang hadir setiap Isnin ini mula diterbitkan pada 2 haribulan April lalu dan sehingga minggu ini, telah sampai ke edisi ke 13. Di dalamnya padat berisi ruangan amanat pentadbir, info kurikulum, info kokurikulum, isu semasa di sekolah, karya guru dan pelajar serta ruangan kartun.

Ketua Editor Wadah Aksara, Tuan Haji Ramlan Pit memberitahu, Wadah Aksara mampu menjadi bahan bacaan yang kaya pebagai maklumat yang berguna dalam melengkapkan  diri sebagai pelajar berketerampilan.  Menurutnya, sidang redaksi Wadah Aksara  telah , sedang dan akan terus menghidangkan pelbagai rencah berita dan maklumat demi kebaikan seluruh warga sekolah.

“Ketika mula dilancarkan, Wadah Aksara mengandungi  empat muka surat, tetapi kini sudah menjadi 12 muka surat. Semakin ramai pelajar yang berminat untuk menghantar  karya mereka, begitu juga semakin ramai guru yang berminat berbuat demikian,” ujarnya.

KELUARAN PERTAMA WADAH AKSARA EDISI 2 APRIL 2012

Beliau berterima kasih kepada sidang redaksi, iaitu Puan Umi Kalsum Idham (Penolong Editor), Encik Amirul Syafiq Hozami, Encik Rosmadi Paimin, Puan Azilah Muharam, Puan Aspalela Abdullah, Cik Yusaida Md Yusof , Encik Mohd Khir Md Yusuf dan barisan AJK pelajar yang telah bertungkus lumus membantu hingga terbitnya Wadah Aksara hingga buletin itu amat dinantikan kehadirannya saban minggu.

Pengetua SMKPS, Encik Mohsin Ibrahim jelas gembira dengan penerbitan Wadah Aksara, yang merupakan kesinambungan penerbitan  buletin  `Juara’,  di mana SMKPS diberi tanggungjawab  menerbitkannya  semasa Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Batu Pahat Mac lalu.Menurutnya, penghasilan buletin seperti ini bukan sesuatu yang mudah dan tidak banyak sekolah mampu berbuat demikian, malah dianggap membebankan guru. Tetapi beliau gembira sidang redaksi amat berkemampuan menjayakan tugas menghasilkan buletin ini.  Beliau mahukan buletin ini terus diterbitkan  kerana manfaat amat besar yang bakal diterima pembacanya.

Semoga Wadah Aksara  terus bertahan dan mampu dijadikan jambatan ilmu dan maklumat kepada seluruh warga sekolah dan masyarakat amnya.

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s