MAJLIS ANUGERAH KOKURIKULUM 2012

CIKGU MASHUDI MENERIMA ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG KOKURIKULUM

Parit Sulong, 24 September – Majlis Anugerah Kokurikulum peringkat SMK Penghulu Saat selamat dilangsungkan pagi ini bertempat di Dataran Kejat SMKPS. Majlis disempurnakan oleh Encik Mohd Arif Kamisan, seorang peguam dan bekas pelajar sekolah ini. Turut hadir, Pegawai Perhubungan Polis SMKPS, Tuan ASP Rosman Khamsaton, dan Pengerusi PIBG,  Encik Mohd Arif Othman.

Dalam ucapan perasmian, Encik Mohd Arif  mengimbau kenangan semasa di sekolah ini dan mengingati guru yang pernah mengajarnya, seperti Ustaz Hasanin dan Haji Abd Rahman Ithnain. Beliau suka menyeru para pelajar agar merebut segala peluang menimba ilmu, pengalaman dan kemahiran ke arah menjadi pelajar yang serba boleh dan berjaya.

BARISAN TETAMU  YANG HADIR

Gimik perasmian, sekumpulan pelajar telah berkawad dan melakukan aksi permainan bola jaring. Kemudian perasmi majlis telah memasukkan bola ke jaring gol bola jaring, diikuti paluan kompang perasmian.

Acara persembahan menyusul, dimulakan persembahan seni silat oleh ahli pasukan silat sekolah. Diikuti acara berbalas pantun oleh pasukan pantun sekolah. Kemudian diikuti persembahan tarian zapin, dengan muzik latar lagu `Bunga Hutan’. Seterusnya persembahan pasukan Cooking With Nature. Persembahan  terakhir ialah persembahan kawad kaki Kadet Polis, yang segak bergaya menunjukkan pergerakan kawad.

PERSEMBAHAN KAWAD KADET POLIS

Hujan yang turun dengan lebatnya tidak menghalang kelancaran majlis, yang disambung di dewan sekolah. Pelbagai anugerah diberikan kepada pasukan-pasukan yang membawa kejayaan kepada sekolah, seperti Kadet Polis, KRS, ragbi, bola jaring, kapten rumah sukan, olahragawan sekolah, pasukan silat dan hoki. Juga kumpulan wartawan yang menghasilkan buletin Citra Juara MSSD Batu Pahat.

PERSEMBAHAN PASUKAN COOKING WITH NATURE

Bagi anugerah khas kokurkulum kategori pelajar, dimenangi oleh NurSyafiqah Azhah (Uniform), pasukan Cooking With Nature (Kelab koakademik) dan Nurul Ainul Athira Soha (kelab permainan).

PERSEMBAHAN TARIAN ZAPIN

Bagi kategori guru, dimenangi Cikgu Md Azmi dan Amirul Syafiq (kelab permainan), Puan Hasniza Hasnan dan Puan Fatimah Sharah (kelab koakademik) dan Cikgu Sahri (Badan beruniform). Cikgu  Mashudi Md Said pula diumumkan Tokoh Khidmat Cemerlang Kokurikulum kerana banyak kejayaan dicipta dalam bola baling selama ini.

Tiga orang pelajar turut menerima anugerah Khas , iaitu  Shahrul Mustaza (Imam Remaja), Najiha Raihana (Juruacara berbakat ) dan  Mohd Hakim Zamri (Ketua pengawas). Mereka diiktiraf atas sumbangan  bermakna yang diberikan kepada sekolah.

Encik Mohsin Ibrahim, pengetua SMKPS melahirkan rasa puas  hati atas perjalanan dan kelancaran majlis dan mengucapkan syabas kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis pada pagi ini.

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s