MAJLIS RESTU ILMU CALON PMR 2012

Alifudin bin Rosman selaku wakil pelajar tingkatan 3 menyampaikan ucapannya

Parit Sulong, 9 Oktober – Majlis Restu Ilmu pelajar tingkatan 3 SMK Penghulu Saat selamat diadakan, bertempat di surau SMKPS. Majlis dihadiri kira-kira 30 orang  guru dan dan 238 calon PMR. Turut hadir, Pengerusi PIBG, Encik Mohd Arif Othman.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Pauzan disusuli ucapan wakil pelajar Muhamad Alifudin bin Rosman, diikuti tayangan video hasil kreativiti pelajar sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga kepada guru mereka. Kemudian Tuan Haji Abdul Rahman Ithnin pula berucap mewakili guru-guru. Beliau mengimbas setiap tindakan yang telah dilakukan oleh pihak sekolah adalah demi kebaikan pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan tidak mahu pelajar menghampakan harapan itu.

Seterusnya ucapan Pengetua, Encik Mohsin Ibrahim, yang antara lain mengulangi ingatan dan nasihat kepada para pelajar supaya memburu kecemerlangan dalam PMR. Setelah begitu banyak publisiti di media massa untuk SMKPS, kini sampai giliran pelajar untuk membawa kejayaan yang bermakna untuk diri, sekolah, ibu bapa dan masyarakat.

“Segala input telah pihak sekolah usahakan. Guru telah beri macam-macam. Kini terpulang kepada pelajar untuk mencuba sedaya upaya untuk mengangkat prestasi sekolah ke tahap yang lebih baik dalam PMR khususnya,” jelas beliau lagi

Kemudian slot tayangan video, di mana tayangan yang diusahakan oleh Puan Umi Kalsum Idham itu berkisar tentang pengorbanan dan kasih sayang insan yang bergelar bonda di rumah dan di sekolah. Kemudian movie maker kedua berlatar belakangkan lagu Gemuruh yang cuba membangkitkan motivasi pelajar ke arah kecemerlangan.

Sebagai gimik majlis, pelajar-pelajar telah diberikan keratan-keratan plastik untuk dicantum-cantumkan mengikut kelas. Apabila selesai dicantum, setiap banner yang dihasilkan itu mengandungi kata-kata semangat dan motivasi kepada pelajar-pelajar.

                    Pelajar mencantum kepingan motto

       Antara kata-kata semangat daripada guru-guru                                       Pelajar mencantum kepingan motto            

Majlis diakhiri dengan acara bersalam-salaman dan pelajar memohon doa restu daripada guru-guru mereka. Guru-guru dengan rela hati menghalalkan ilmu yang mereka curahkan demi kebaikan pelajar.Majlis tamat jam 9 pagi.

Guru-guru mencantumkan banner sasaran sekolah

Semoga para plajar mendapat inspirasi untuk menghadiahkan kejayaan kepada diri sendiri, ibu bapa, sekolah dan masyarakat. Syabas juga diucapkan kepada Unit Bimbingan & Kaunseling yang telah berjaya melaksanakan majlis Restu Ilmu pada kali ini dengan membawa kelainan sentuhan.

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s