MAJLIS JAMUAN KOKURIKULUM MERAIKAN PELAJAR YANG MENGHARUMKAN NAMA SEKOLAH

ENCIK MOHSIN MENYAMPAIKAN HADIAH HAMPER CABUTAN BERTUAH


PARIT SULONG, 19 Oktober – Unit Kokurikulum SMK Penghulu Saat mengadakan majlis jamuan kokurikulum untuk meraikan para pelajar dan guru yang membawa kejayaan kepada sekolah dalam bidang kokurikulum. Majlis diadakan di Restoran Sermabi Kayangan, Parit Sulong dihadiri 120 orang pelajar dan 32 orang guru.

Majlis dihadiri Pengetua SMK Penghulu Saat, Encik Mohsin Ibrahim, Pengerusi PIBG, Encik Mohd Arif Othman, GPK Hem , Tuan Haji Zainal Abidin Musni dan Penolong Kanan Kokurikulum, Tuan Haji Mustaffa Siraj.

Encik Mohsin dalam ucapannya mahukan pelajar tidak menjadi ulat buku semata-mata, dengan bergiat aktif dalam kokurikulum. Beliau turut memuji pencapaian pelajar SMKPS yang mencapai kejayaan hingga ke peringkat negeri dan juga kebangsaan.

GURU DAN PELAJAR MENDENGAR UCAPAN PENGETUA


Tuan Haji Mustaffa dalam ucapannya menyentuh tiga penghargaan yang diberikan kepada pelajar, iaitu insentif kokurikulum berupa wang tunai, anugerah kokurikulum berupa topi atau mug dan jamuan kokurikulum berbentuk jamuan makan. Beliau mahukan pelajar terus mengharumkan nama sekolah pada tahun depan.

SEBAHAGIAN DARIPADA GURU PEREMPUAN YANG HADIR

Tayangan video turut dipersembahkan, hasil kraetiviti Puan Umi Kalsum Idham, yang memaparkan pelbagai aktiviti kokurikulum sepanjang tahun 2012 – termasuk dalam sukan, permainan, hari keusahawanan, anugerah kokurikulum, perkhemahan bersepadu dan pertandingan koakademik.

HAJI MUSTAFFA SEDANG MENYAMPAIKAN UCAPAN


10 pelajar terpilih telah mendapat hamper daripada cabutan bertuah, yang disediakan oleh Unit Kokurikulum. Majlis diakhiri dengan jamuan nasi tomato berlaukkan ayam masak merah, kuih muih, buah dan air oren. Majlis berakhir jam 5 petang.

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

2 Responses to MAJLIS JAMUAN KOKURIKULUM MERAIKAN PELAJAR YANG MENGHARUMKAN NAMA SEKOLAH

  1. SMK PENGHULU SAAT says:

    Salam.. Maaf, tidak dapat turut serta…

  2. Dijemput pasukan bahas sekolah Tuan/Puan untuk menyertai program bengkel bahas Bahasa Melayu ala Parlimen pada hari Sabtu, 26 Januari 2013 bertempat di Bangi, Selangor.

    Maklumat lanjut boleh didapati di http://belajardebat.blogspot.com

    Terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s