SELAMAT BERSARA, ENCIK SHAHARUDIN BAHAROM

ENCIK SHAHARUDIN MEMASUKKAN PUNCH CARD UNTUK KALI TERAKHIR DISAKSIKAN ENCIK AZHAR, PENGERUSI KAPTEN

Oleh : Mustaffa Siraj

Setelah menabur bakti selama kira-kira 36 tahun selaku penjawat awam, Encik Shaharudin Baharom, Ketua Pembantu Tadbir SMK Penghulu Saat bersara wajib mulai 5 Disember  2012.

Petang tadi, beliau  memasukkan punch kad untuk kali terakhir, dengan disaksikan barisan Ahli Jawatankuasa Kapten (Kesatuan Pembantu Tadbir Pendidikan Batu Pahat) diketuai oleh Encik Azhar Marwan dan staf pejabat SMKPS.

Beliau memulakan perkhidmatannya  sebagai kerani  di SK Mohd Khir Johari, Johor Bahru pada 1 Januari 1976. Kemudian beliau berpindah ke SJKC Sing Hwa, Muar pada tahun 1979.

ENCIK RAZAK MENYAMPAIKAN SIJIL PERSARAAN KEPADA ENCIK SHAHARUDIN

Selepas itu beliau berkhidmat di Bahagian Audit Kementerian Pelajaran di beberapa daerah dari tahun 1982 hingga tahun 2009. Pada 1 Julai 2009, beliau mula bertugas di SMK Penghulu Saat.

Encik Shaharudin atau lebih mesra dipanggil Abang Din mendirikan rumahtangga dengan Puan Rosmadah Ismail, seorang jururawat dan dikurniakan tiga cahaya mata, iaitu dua lelaki dan satu perempuan, kesemuanya telah bekerja. Beliau menetap di alamat No 51, Jalan Meranti 3, Taman Meranti, Jalan Bakri Muar.

Sepanjang perkhidmatannya, beliau mendapat Anugerah Khidmat Cemerlang (Pergerakan gaji melintang) pada tahun 1997 dan sekali lagi mendapat APC pada tahun 2009.

Beliau berpuas hati dan gembira berkhidmat di SMKPS  serta mempunyai hubungan baik dengan para pentadbir, guru dan rakan-rakan yang lain. Harapannya semoga hubungan itu dikekalkan pada masa hadapan.

ENCIK SHAHARUDIN DAN, AJK KAPTEN DAN STAF SMKPS BERGAMBAR KENANGAN

Tentang perancangannya selepas bersara, beliau belum lagi memikirkannya dan akan diputuskan kemudian. Beliau tidak lupa mengucapkan selamat maju jaya kepada SMKPS dan berterima kasih kepada semua yang banyak membantunya sepanjang menjalankan tugas di sini.

Warga sekolah ingin mengucapkan selamat berjaya kepada Abang Din dan kami hadiahkan serangkap pantun untuk beliau:

Pohon papaya berbuah lebat
subur berjajar di Pulau Pandan
selamat bersara wahai sahabat
semoga berbahagia di alam persaraan

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s