BANTUAN MURID 1MALAYSIA SMK PENGHULU SAAT SELAMAT DIAGIH

Image
ENCIK ISMAIL ROSLAN MENGAGIHKAN BRIM KEPADA BAPA PELAJAR

Oleh: Nor Anida Selamat
Parit Sulong, 18 Januari – Bantuan Murid 1Malaysia (BRIM) peringkat SMK Penghulu Saat berjaya diagihkan semalam. Majlis disempurnakan oleh Encik Ismail Roslan, Pegawai Peladang  Parit Sulong merangkap Naib Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong . Majlis berlangsung di dewan SMKPS. Turut hadir, Pengetua SMKPS, Encik Mohsin Ibrahim, Pengerusi PIBG, Encik Mohd Arif Othman, ASP Rosman Khamsaton dan para ibu bapa.

Image
ENCIK ROSMADI, GURU KELAS, SEDANG MENGAGIHKAN  BRIM
Majlis yang diadakan di dewan itu adalah untuk kelas 1 Rancangan Khas, Tingkatan 2, 3, 4 dan 5 Aktif. Dalam ucapannya, Encik Ismail Roslan menyeru para pelajar supaya menggunakan wang  RM100 itu sebaik-baiknya demi kebaikan mereka di bidang pelajaran.

Bagi kelas-kelas lain, penyerahan dilakukan di bilik darjah dan disempurnakan oleh guru-guru tingkatan.

Mohd Arif Masli, pelajar Tingkatan 4 , melahirkan rasa syukur dan berterima kasih atas bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan. Arif berjanji untuk  menggunakan  wang berkenaan untuk menampung perbelanjaan sekolah.

Image
BANNER BANTUN MURID 1MALAYSIA

Encik Mohsin Ibrahim, Pengetua SMKPS berpuas hati dengan proses agihan yang berjalan lancar dan berharap pemberian itu memberi kesan positif kepada pelajar dalam mereka menjayakan agenda untuk mencipta kejayaan di bidang pelajaran.

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in BR1M. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s