LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SMK PENGHULU SAAT KALI KE-2

SMK Penghulu Saat , 19 Januari – Latihan Dalam Perkhidmatan Kali ke -2 telah berjaya dilaksanakan di Bilik Panorama SMK Penghulu Saat.

Image

Tn. Hj. Hasanin B. Tamio sedang membacakan doa sambil diaminkan oleh Tuan Pengetua dan pengerusi majlis

Kursus ini telah dijalankan bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada 12.30 tengahari dengan penglibatan hampir 65 orang guru SMK Penghulu Saat. Slot untuk LDP pada kali ini berkaitan dengan tajuk HOTs yang bermaksud (High Order Thinking Skills). Program dimulakan dengan bacaan doa oleh Tn. Hj Mohd Hasanin B. Tamio.

Image

En. Yahya b. Ahmad menyampaikan ceramah HOTs dalam mata pelajaran Matematik

Kemudian acara diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan Tuan Pengetua iaitu En. Mohsin B, Ibrahim. Dalam ucapannya beliau berharap agar guru-guru dapat mengaplikasikan segala ilmu pengetahuan yang dipelajari ini kepada pelajar-pelajar. Beliau juga mahukan agar guru-guru sentiasa lebih kreatif dan inovatif untuk meningkatkan tahap pengajaran di dalam kelas. Perubahan arus pendidikan menuntut agar pelajar lebih berfikir secara kreatif dan kritis dan inilah yang beliau mahu guru-guru terapkan di dalam diri pelajar SMK Penghulu Saat.

Image

Cik Noorazah menyampaikan ceramah untuk mata pelajaran Sains

Sesi LDP dibahagikan kepada 3 slot. Slot pertama telah disempurnakan oleh  En Yahya B. Ahmad yang menyampaikan ceramah berkaitan dengan mata pelajaran Matematik. Manakala penceramah slot kedua ialah Cik Norazah Bt. Aziz yang menyampaikan tajuk HOTs berkaitan dengan mata pelajaran  Sains. Menurut En. Yahya Bin Ahmad beliau bertanggungjawab untuk menyampaikan tajuk HOTs ini kepada guru-guru kerana trend soalan matematik telah banyak mengalami transformasi dan perubahan. Jadi beliau berharap agar guru-guru sentiasa bersedia untuk membuat perubahan dan mengaplikasikan tajuk HOTs ini di dalam bilik darjah.

Image

Guru-guru SMK Penghulu Saat tekun mendengar ceramah HOTs

Slot terakhir ialah sesi perbincangan soalan-soalan HOTs yang dijalankan mengikut 4 bidang utama iaitu bidang bahasa, bidang kemanusiaan, bidang teknik vokasional dan bidang sains matematik. Pada akhir sesi guru-guru membuat pembentangan tentang perbezaan soalan LOTs dan HOTs yang mendapat pujian daripada pengetua.

Image

Pn. Hasniza Bt. Hasnan membuat pembentangan tentang soalan HOTs Sains

Menurut penyelaras program LDP iaitu Tn Hj. Rahim B. Anis, beliau amat berpuas hati dengan program yang telah dijalankan. Beliau amat berharap agar guru-guru yang telah menyertai kursus ini dapat mengaplikasikannya dalam pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas komitmen semua guru yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan tahap profesionalisme seiring dengan perkembangan bidang pendidikan yang semakin mencabar. Ucapan terima kasih juga buat Tn Hj Ramlan bin Pit yang sudi menyediakan sarapan pagi dan makan tengahari buat guru-guru

Harapan kami, agar SMK Penghulu Saat akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang dalam bidang kurikulum dan ko kurikulum.

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in LDP. Bookmark the permalink.

One Response to LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SMK PENGHULU SAAT KALI KE-2

  1. Pengetua says:

    Tahniah, satu kursus yang singkat tetapi menarik dan berguna. SMKPS mendahului dalam memperkenalkan HOTs kepada guru.

    Tahniah penceramah
    Tahniah semua yang terlibat
    Tahniah pengurus LDP, Tn Hj Abd Rahim bin Anis

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s