PROGRAM DISKUSI BERSAMA PENGETUA SESI PERTAMA 2013

Oleh : Mohd Khamsuldin B. Abdul Wahab

DSCN4086

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SMK Penghulu Saat , 23 Januari – Program Diskusi Bersama Pengetua telah berjaya dilaksanakan dengan cemerlang . Program telah dijalankan di Bilik Panorama SMK Penghulu Saat bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir kira-kira jam 4.45 petang

Image
Barisan guru yang ceria menyambut kedatangan ibu bapa

Program diskusi ini telah mendapat sambutan yang diluar jangkaan dan dihadiri kira-kira 140 orang ibu bapa. Terdapat ibu bapa yang hadir seawal jam 2.00 petang bagi menunjukkan komitmen terhadap program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Majlis dimulakan dengan sesi pendaftaran dan bacaan doa oleh Tn. Hj. Md Pauzan B. Wan.

Image
Bacaan doa pembuka majlis oleh Tn. Hj. Mohd Pauzan B. Wan sambil diaminkan oleh barisan kaunselor
iaitu Pn. Mazni, En. Nor Azam dan En. Mohd Jais

Kemudian acara diteruskan lagi dengan penerangan oleh En. Nor Azam B. Ahmad tentang hala tuju pelajar selepas PMR dan SPM. Secara ringkasnya, beliau memberi penjelasan tentang kaedah dan cara belajar yang berkesan bagi mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Beliau juga meminta agar ibu bapa yang mempunyai masalah  memilih jurusan pendidikan untuk anak-anak agar berjumpa dengan guru-guru kaunseling SMK Penghulu Saat yang mempunyai tauliah untuk menjalankan ujian kerjaya. Ujian ini sangat berkesan untuk menilai minat dan potensi pelajar agar tidak tersalah memilih laluan untuk menyambung pelajaran.

Image
En. Nor Azam  sedang memberi penerangan kepada ibu bapa tentang hala tuju pelajar selepas PMR dan SPM

Beliau juga menerangkan tentang program “pembersihan jiwa” yang dijalankan oleh SMK Penghulu Saat pada setiap pagi diperhimpunan. Para pelajar akan dipandu oleh guru untuk membaca al-mathurat, melagukan asma ul-husna dan doa harian bagi membentuk akhlak dan sahsiah yang cemerlang dalam kalangan  diri pelajar.

Image
Tuan Pengetua iaitu En Mohsin begitu bersemangat memberi info dan maklumat kepada ibu bapa yang hadir

Acara seterusnya ialah, ucapan oleh Tuan Pengetua SMK Penghulu Saat iaitu En. Mohsin B. Ibrahim. Beliau melahirkan rasa syukur dan gembira kerana program diskusi ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibu bapa. Ini menunjukkan bahawa ibu bapa mengambil berat soal pendidikan anak-anak di sekolah. Dalam ucapannya, beliau berharap agar ibu bapa sentiasa peka dan bertanya kepada anak-anak tentang pelajaran mereka terutamanya kerja sekolah yang diberikan oleh guru.  Beliau mahukan agar pelajar-pelajar SMK Penghulu Saat mendapat pendidikan yang sempurna walau pun bersekolah  di kawasan luar bandar. Ibu bapa harus membuat pemantauan terhadap anak-anak seperti memastikan mereka menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru, menghadiri kelas tambahan dan perjumpaan ko kurikulum di sekolah.

Image
Antara ibu bapa yang hadir dalam program diskusi bersama pengetua

Selain itu, Tuan Pengetua juga menyatakan tentang kemudahan atau infrastruktur yang disediakan oleh pihak sekolah untuk manfaat dan faedah pelajar. Antaranya  kemudahan internet iaitu E-Zone di mana pelajar boleh melayari internet untuk mendapatkan bahan pembelajaran, Water Kiosk yang menyediakan air minuman yang bersih, lorong ilmu antaranya Simfoni Geografi, buku teks yang lengkap dan pendawaian semula untuk membaiki kipas dan lampu kelas-kelas yang telah rosak. Ini semua dilakukan untuk keselesaaan pelajar untuk belajar dalam suasana yang gembira, ceria dan kondusif. Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SMK Penghulu Saat yang telah banyak membantu melengkapkan kemudahan sekolah.

DSC_0280

Pengetua sedang berdiskusi bersama ibu bapa

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Acara kemuncak ialah sesi soal jawab di mana pihak sekolah memberi ruang dan peluang kepada ibu bapa untuk bertanya tentang apa jua permasalahan anak-anak mereka. Secara keseluruhannya, program diskusi ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan iaitu menjalinkan kerjasama dengan ibu bapa untuk membina kecemerlangan pelajar dari segi akademik, ko kurikulum dan sahsiah.

DSC_0283

Salah seorang penjaga bertanya soalan kepada pengetua

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Menurut penyelaras program diskusi iaitu guru-guru Unit Bimbingan & Kaunseling yang diketuai oleh Pn Mazni Bt. Sanusi, En Mohd Jais B. Bakar dan En. Nor Azam B. Ahmad, mereka sangat terharu dan terkejut dengan komitmen dan sambutan yang ditunjukkan oleh ibu bapa. Walau pun sibuk dengan tugas harian mereka masih sempat untuk datang dan berdiskusi bersama pihak sekolah. Mereka juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas komitmen semua guru Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 yang sanggup hadir bersama-sama ibu bapa dan memeriahkan program diskusi ini.

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH, DISKUSI BERSAMA PENGETUA. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s