MAULIDURASUL – RASULULLAH IKUTAN UMMAH

Image
    PERARAKAN KONTINJEN PERBARISAN MAULIDURASUL BATU PAHAT 1434HIJARH

Oleh: Mustaffa Siraj
12 Rabiu Awal datang lagi. Maka sekali lagi kita meraikan  hari kelahiran Junjungan Mulia, Nabi Muhammad (saw). Putera Abdullah bin Abdul Mutalib yang lahir tanpa dapat melihat ayahnya itu  rupanya membawa sinar gemilang di tengah kegelapan zaman Jahiliyah.Image

   BANNER SAMBUTAN MAULIDURASUL DAERAH BATU PAHAT 1434HIJRAH

    Sejak kecil Baginda sudah menunjukkan tanda-tanda kebesaran. Ketika zaman kanak-kanak, Baginda terpelihara daripada maksiat dan keburukan. Misalnya, Baginda yang diajak rakan-rakannya untuk menghadiri keramaian tahunan di Makkah , telah tertidur. Ketika usianya 35 tahun, Baginda berjaya menyelesaikan isu peletakan Batu Hajar al- Aswad yang telah beralih kedudukan kerana banjir besar di Makkah. Tindakan Baginda meminta ketua-ketua kabilah untuk memegang bucu serban Baginda, dengan batu berkenaan diangkat beramai-ramai, telah menyelamatkan keadaan yang kelam-kabut yang boleh mengancam ketenteraman awam.
Image
PERARAKAN KONTINJEN SMK DATO SYED ESA (JOHAN KATEGORI SEKOLAH)
    Apabila dilantik sebagai rasul, Baginda ditentang hebat, hingga berlaku rentetan kecaman dan penghinaan, termasuk dibaling najis, bangkai unta dan dibaling batu. Namun, Baginda tetap tabah dan sabar hinggalah peristiwa Hijrah menjadi pemangkin meluasnya penyebaran Islam di semenanjung Tanah Arab.

   Kebijaksanaan Baginda menandatangani perjanjian Hudaibiyah  dengan Musyrikin Makkah dengan isi perjanjian yang dianggap berat sebelah telah mengundang kritikan sahabat Baginda, termasuk Saidina Umar. Namun, selepas perjanjian, berduyun-duyun umat Arab menganut Islam. Pembukaan kota Makkah kemudian sekali menonjolkan keperibadian Baginda sebagai seorang pemaaf. Penduduk Makkah yang dalam ketakutan menanti hukuman, telah dilepaskan begitu sahaja.
Image
                                  KONTINJEN WARGA PENDIDIKAN BATU PAHAT
   Sahifah Madinah yang ditandatangani dengan kaum Yahudi Madinah memperlihatkan Baginda sebagai negarawan yang hebat. Sifat kerjasama, hormat- menghormati, toleransi dan kesepakatan yang terangkum dalam isi perjanjian berkenaan menyerlahkan keperibadian Baginda yang bijak dan berpandangan jauh.

  Keperibadian Baginda sebagai ketua keluarga yang bertanggungjawab, mesra dan rajin dapat dicerakin oleh kita semua. Kerja rumah dilakukan sama-sama oleh Baginda, malah Baginda menjahit sendiri pakaiannya yang koyak.

  Kesabaran Baginda dapat dilihat dalam episod sedih yang berlaku di Taif. Nabi dilontar dengan batu hingga luka-luka dan malaikat telah turun untuk menawarkan tindakan pembalasan terhadap penduduk Taif, tetapi Nabi dengan tenang hanya mendoakan penduduk Taif akan beriman satu masa nanti.

 Nabi sangat mengasihi orang Islam, tidak kira mereka yang kaya mahupun yang miskin melarat dan cacat. Sesiapa sahaja boleh mendekati Baginda dan dilayan mesra. Majlis ilmu Baginda menjadi medan perbincangan yang dapat mengeratkan perpaduan Islam.

  Ketika membina parit semasa Perang Khandaq, Nabi turut sama menggali parit dan mengalirkan keringat meskipun Baginda bertaraf ketua negara.

  Kecekalan Nabi dalam perjuangan Islam dapat dilihat ketika orang kenamaan Quraisy menemui Baginda. Mereka menawarkan Nabi harta kekayaan, perempuan cantik untuk diperisterikan serta jawatan pemimpin mereka , jika Nabi sanggup menghentikan dakwah. Namun dengan tegas Nabi menolak  tawaran mereka.

  Para orientalis  Barat suka menimbulkan persoalan bahawa Nabi mempunyai nafsu yang kuat. Namun Nabi berkahwin dengan Siti Khadijah, seorang janda yang 15 tahun lebih tua daripada Baginda. Kebanyakan isteri Nabi adalah wanita yang sudah berumur dan sudah kematian suami.
Image
   BERSAMA  ENCIK MOHSIN, PENGETUA SMKPS, USTAZ PAUZAN DAN SDR AZMI DI MASJID SULTAN ISMAIL
Berkat kesungguhan Baginda , negara Islam berjaya menyebarkan pengaruh ke seluruh semenanjung tanah Arab dan selepas kewafatan Baginda, empayar Rom dan Parsi turut tersungkur di tangan orang Islam. Malah pada zaman Bani Umaiyah, Abasiyah dan Uthmaniah, empayar Islam menjangkau wilayah-wilayah di Eropah, termasuk rantau Balkan dan Sepanyol.

  Bagaimana pula situasinya kini? Islam semakin menyinar di mana-mana. Ketika gereja semakin sepi, umat Islam kian berkembang pesat. Perancis muncul negara paling ramai umat Islam di Eropah, iaitu melebihi 7 juta. Di Jerman ada 5 juta dan  Britain 3 juta. Masjid didirikan di mana-mana.

  Menurut satu kajian kependudukan di Eropah, 25 tahun dari sekarang, separuh penduduk Eropah bakal dihuni orang Islam. Hal ini kerana kadar kelahiran yang tinggi dalam kalangan orang Islam berbanding yang bukan Islam.

  Maka sempena hari kelahiran Junjungan Mulia ini, marilah kita mengkaji sirah perjuangan Baginda, banyak berselawat dan memupuk keimanan dalam diri kita, keluarga kita dan anak didik kita. Carilah syafaat Nabi dan keredaan Ilahi..

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s