KEJOHANAN MERENTAS DESA SMK PENGHULU SAAT 2013

Oleh : Mohd Khamsuldin Bin Abdul Wahab

Image

Pelajar sedang membuat senaman ringan yang dipimpin oleh En. Azmi B. Md. Ramli

SMK Penghulu Saat , 25 Januari – Kejohanan Merentas Desa SMK Penghulu Saat untuk tahun 2013 telah berjaya dilaksanakan dengan sempurna. Acara ini bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir kira-kira jam 10.50 pagi. Ia telah disertai oleh hampir 1130 orang pelajar SMK Penghulu Saat.

Image

Barisan pentadbir bergambar bersama ketua rumah sukan Handal, Berani, Jaguh,
Kuat, Unggul dan Mantap

Kejohanan pada kali ini dimulakan dengan senanam ringkas untuk meregangkan otot-otot bagi mengelakkan pelajar daripada mengalami kecederaan. Slot ini dipimpin oleh En. Md. Azmi B. Md Ramli. Seterusnya pelajar melakukan senanam J-Robik yang diketuai oleh Cik. Siti Fariza Bt. Azman.

Image

Peserta lelaki sedang bersaing untuk mendahului lawan masing-masing

Seterusnya pelajar bergerak ke padang untuk permulaan pertandingan yang disempurnakan oleh Tuan Pengetua iaitu En. Mohsin B. Ibrahim.  Acara merentas desa ini akan melalui beberapa buah kampung antaranya Kg. Pt. Raja Ahmad dan Kg. Sentang Batu dengan laluan sejauh 4.5 km. Terdapat 6 kategori yang dipertandingkan iaitu untuk Lelaki/Perempuan A (pelajar Tingkatan 4 dan 5), Lelaki/Perempuan B (pelajar Tingkatan 2 dan 3) manakala Lelaki/Perempuan C (pelajar Tingkatan 1)

Image

Peserta perempuan juga bersemangat dalam acara larian merentas desa ini

Semasa larian dilakukan, pelajar akan melalui 7 check point yang akan dipantau oleh pegawai yang bertugas dan pelajar perlu mengambil kupon untuk membuktikan yang mereka telah melalui track yang telah ditetapkan.

Image

Peserta sedang menuju ke garisan penamat

Pada kali ini, Johan untuk kategori lelaki dimenangi oleh rumah Jaguh (Jingga) manakala Naib Johan jatuh kepada rumah Berani (Biru). Bagi kategori perempuan pula, Johan dimenangi oleh rumah Berani manakala Naib Johan jatuh kepada rumah Jaguh. Ini menunjukkan rumah Jaguh dan Berani memonopoli acara merentas desa pada tahun ini. Lain-lain rumah yang turut bertanding ialah rumah Handal (hijau), Mantap (merah), Unggul (ungu) dan Kuat (kuning).

Image

Pengetua sedang berucap untuk upacara penyampaian hadiah di dataran kejat SMKPS

Keputusan keseluruhan untuk acara merentas desa pada tahun ini, tempat Ketiga jatuh kepada rumah Unggul yang mengumpul 141 mata, Naib Johan dimenangi oleh rumah Jaguh dengan mata 232 dan Johan adalah rumah Berani dengan mengumpul mata sebanyak 247. Setiap rumah sukan akan membawa mata sebanyak 10 peratus daripada kejohanan merentas desa ini ke kejohanan sukan sekolah yang akan diadakan pada bulan Jun atau Julai nanti.

Image

Pengacara majlis iaitu Pn. Hjh Aspalela B. Abdullah dan Pn. Mazni Bt. Sanusi sedang mengumumkan pemenang.

Johan untuk kategori Lelaki A dimenangi oleh Mohd   Azizan B. Kastory daripada kelas 5 Arif manakala Johan kategori perempuan dimenangi oleh Nor Hasmera Bt. Nordin daripada kelas 5 Anugerah.  Kategori Lelaki B pula Johan ialah Nurul Hanafi B. Razali daripada kelas 3 Arif manakalan Johan Perempuan ialah Suraya Bt. Jumah kelas 3 Aktif. Kategori Lelaki C pula, Johan disandang oleh Mohd Hakim B. Ahmad manakalan kategori Perempuan ialah Nurul Liyana Bt. Mohd Yassin

Image

Rumah Jaguh dinobatkan sebagai Naib Juara kejohanan merentas desa pada tahun ini dengan memungut sebanyak 232 mata.

Dalam ucapan penutupnya, Tuan Pengetua, iaitu En. Mohsin B. Ibrahim menyatakan rasa gembiranya kerana kehadiran pelajar sangat menggalakkan dan ini membuktikan bahawa pelajar bersedia dari segi mental dan  fizikal untuk menyertai pertandingan merentas desa. Beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan yang berjaya dan mengharapkan kepada pasukan yang tewas supaya berusaha lagi pada masa-masa yang akan datang. Slogan “tewas sekali bukan bermakna tewas untuk selama-lamanya” harus disemat di dalam jati diri pelajar supaya mereka terus mempunyai motivasi diri untuk berjaya. Beliau juga mahu agar setiap pelajar mengambil bahagian dalam acara Sukan Tara dan Sukan Besar yang akan diadakan nanti. Dengan menyertai acara sukan, dapat mencerdaskan minda dan menguatkan fizikal pelajar untuk menghadapi cabaran masa depan

Image

Pengetua bersama Johan kejohanan merentas desa iaitu Rumah Berani yang mengumpul 247 mata. Tahniah diucapkan.

Penolong Kanan Kokurikulum SMK Penghulu Saat, iaitu Tn. Hj. Mustaffa B. Siraj berkata, hasrat kerajaan melaksanakan slogan “1 Murid 1 Sukan” telah berjaya direalisasikan di SMK Penghulu Saat. Melalui acara sukan ini, dapat mewujudkan persaingan sihat di antara satu sama lain untuk mencipta kejayaan. Perkara ini juga harus dipraktikkan  di dalam kelas iaitu semangat bersaing untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam kelas. Beliau sangat berbangga dengan komitmen pelajar dan guru yang memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam setiap program sukan yang dijalankan oleh pihak sekolah.

Image

GPK Kokurikulum Tn.. Hj Mustaffa SIraj, GPK HEM Tn. Hj. Zainal Abidin Musni, En. Mohd Jais B. Abu Bakar dan Tn Hj. Md. Pauzan B. Wan bergambar kenangan.

Penyelaras Kejohanan Merentas Desa, iaitu En. Md Yassin B. Salleh merangkap Setiausaha Sukan Sekolah bersyukur kerana acara merentas desa kali ini telah berjalan dengan lancar. Tiada insiden atau perkara buruk yang berlaku sepanjang kejohanan berlangsung. Semua ketua guru rumah sukan berpuas hati dengan perlaksanaan program yang telah dilakukan. Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang telah menjayakan Kejohanan Merentas Desa pada kali ini.

-SMKPS-

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH, KOKURIKULUM. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s