LAWATAN KELAB BILIK GURU SMKPS KE PULAU LANGKAWI

Image
AHLI ROMBONGAN BERGAMBAR KENANGAN DI DATARAN LANG

0leh: Mustaffa Siraj

PARIT SULONG, 27 JANUARI – Kelab Bilik Guru SMK Penghulu  mengadakan lawatan ke Pulau Langkawi pada  25-28 Januari. Seramai 12 orang guru dan ahli keluarga  mereka, yang kesemuanya berjumlah 44 orang telah turut serta.

Guru  dan staf sokongan SMKPS yang turut serta ialah Encik Razak Othman, Haji Zainal, Haji Mustaffa, Haji Ramlan, Haji Rahman, Encik Khir, Encik Anuar  Puan Zaimah, Puan Junaidah, Puan Norizah, Cik Nor Anida dan Puan Azlina
Image
PEMANDANGAN KAWASAN KILIM GEOFOREST PARK

Rombongan bertolak dari Parit Sulong jam 6.45 petang Jumaat dan terus menuju ke Padang Besar, Perlis untuk membeli-belah. Kemudian rombongan baru bertolak ke Kuala Perlis dan selamat sampai di Pulau Langkawi jam 5 petang Sabtu.

Lawatah mereka ke Langkawi bermula dengan melawat Kilim Geoforest Park, yang dikatakan berusia 530 juta tahun. Kawasan ini dipilih sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 2003. Bukit batu kapur memenuhi kawasan ini dan ada yang berbentuk seperti bayi, penyu dan lanun. Rombongan  dibawa menaik bot melawat Gua Kelawar, kawasan pemeliharaan ikan, kawasan habitat burung helang dan kawasan berhampiran Teluk  Andaman.
Image
KERETA KABEL MENUJU KE GUNUNG MACHINCHANG

Seterusnya rombongan dibawa melawat kilang memproses dan menjual barangan Gamat, syarikat Nusantara diikuti melawat premis menjual kain batik. Rombongan tertarik hati dengan begitu banyak produk berasaskan gamat yang dipasarkan. Ahli rombongan turut membeli-belah di pusat jualan  Andaman Suri dan  Haji Ismail Group yang sudah sinonim sebagai tarikan membeli -belah paling popular di pulau legenda itu.

Pada sebelah petang, rombongan telah menaiki kereta kabel di Gunung Machinchang. Kereta kabel naik sehingga  kira-kira 700 meter puncak  gunung Machinchang  dan pemandanganbegitu menarik.  Rombongan dapat melihat kawasan sekitar Pulau Langkawi, terutama perairan Teluk Andaman.

Image
PEMANDANGAN DI LUAR GUA KELAWAR

Dalam perjalanan balik, rombongan turut singgah ke Pekan Rabu, Alor Setar yang terkenal. Mantan Perdana Menteri , Tun Dr Mahathir Mohamad pernah membuka klinik di situ. Barangan jualan pakaian, songkok, buku-buku agama dan kafetaria ada di sini.

PEKAN RABU, ALOR SETAR

PEKAN RABU, ALOR SETAR

Pengerusi Kelab Bilik Guru SMKPS, Puan Zaimah Sahar gembira dengan perjalanan lawatan dan kerjasama ahli rombongan sepanjang lawatan. Beliau berharap pengetahuan dan pengalaman sepanjang lawatan akan dapat digunakan ke arah mengeratkan hubungan sesama kakitangan  SMKPS serta menjadi kakitangan yang bermotivasi tinggi demi kebaikan bersama.

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH, KEBIRU 2013. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s