SMKPS MENGANJURKAN PROGRAM MENARA ILMU

Image
TUAN HAJI HUSHIM MENGENDALIKAN PROGRAM MENARA ILMU

Oleh: Mustaffa Hj Siraj

Usaha  memupuk kesedaran para ibu bapa dengan matlamat  memperkasa kejayaan anak-anak perlu disuburkan dari semasa ke semasa. Kehidupan dan persaingan di dunia yang semakin mencabar ini menuntut fokus para ibu bapa bagi merealisasikan pembinaan modal insan cemerlang.

Image

TUAN HAJI HUSHIM MEMBERI PENJELASAN KEPADA PARA HADIRIN

Sebagai menyahut seruan itu, SMK Penghulu Saat, Parit Sulong, Johor dengan kerjasama Yayasan Nurul Yaqeen telah mengadakan Program Motivasi Menara Ilmu bertempat di dewan orang ramai  Parit Sulong pagi tadi

Image

PARA IBU BAPA SEDANG TEKUN MENDENGAR CERAMAH
Program itu dikendalikan pakar motivasi, Tuan Haji Hushim Hj Salleh, Pengarah Urusan Hushim Motivational And Counselling Consultancy dan dihadiri para ibu bapa dan pelajar Tingkatan 3 dan 5 sekolah berkenaan.

Image
SEBAHAGIAN  PELAJAR TINGKATAN 3 DAN 5  YANG HADIR

Menurut Hushim, zaman ibu bapa berlepas tangan dan mengharapkan kejayaan akan datang bergolek sudah berlalu. Ibu bapa perlu ada kesedaran tinggi dan turut sama berada di barisan depan untuk membimbing anak-anak meniti kehidupan yang sungguh mencabar sekarang.

Image
ENCIK RAZAK, TUAN ROSMAN, ENCIK MOHSIN DAN EN MOHD ARIF

“Jika kita menyerahkan segala hal pendidikan kepada pihak sekolah, itu kesilapan besar para ibu bapa. Ibu bapa ada peranannya kerana mereka tahu  urusan anak-anak. Jangan membiarkan anak-anak bertindak sendiri tanpa bimbingan. Jika tersilap langkah, guru dan ibu bapa perlu sama-sama membetulkan keadaan’, ujarnya.

Image
IBU BAPA DAN ANAK BERPELUKAN DENGAN PENUH KASIH SAYANG

“Sifat malas perlu sekali dihindarkan, di samping para pelajar perlu mengikut suruhan ibu bapa demi kebaikan mereka.  Jika diselusuri kejayaan mereka yang ada nama sekarang, dapat dikesan bahawa mereka pelajar yang gigih dan taat kepada ibu bapa’, katanya lagi.

Pada program berkenaan, hadirin ditayang klip video pengorbanan seorang ibu, proses kelahiran seorang bayi, kisah anak derhaka dengan berlatarbelakangkan alunan lagu Allahyarham Sudirman Hj Arshad, Ayah dan Ibu, yang kesemuanya menyentuh perasaan hadirin.

Image
HAJI HUSHIM MENERIMA CENDERAMATA DARIPADA ENCIK MOHSIN

Kemudian para pelajar telah diminta memeluk erat ibu dan bapa mereka dengan penuh kasih sayang sekaligus menzahirkan hasrat peribadi untuk menjadi insan yang dapat membawa kejayaan kepada diri sendiri, ibu bapa, sekolah dan masyarakat.

Terdahulu, Pengetua SMKPS, Encik Mohsin Ibrahim membentangkan program sekolah pada tahun ini dalam meningkatkan lagi pencapaian sekolah dalam pelbagai bidang. Beliau mengharapkan para ibu bapa memberi sokongan penuh demi kejayaan anak-anak mereka.

FOTO KENANGAN BERSAMA TUAN HAJI HUSHIM

FOTO KENANGAN BERSAMA TUAN HAJI HUSHIM

Beliau  berpuas hati dengan kehadiran ibu bapa yang amat menggalakkan. Komitmen tinggi yang ditunjukkan sepanjang program memberi petanda bahawa mereka memahami tuntutan dan peranan yang perlu dimainkan oleh mereka dalam menjulang prestasi anak-anak dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan pembinaan sahsiah terpuji.

Setiausaha program, Puan Zaimah Sahar berpuas hati dengan respons yang ditunjukkan oleh para ibu bapa dan pelajar, yang menghayati apa yang disampaikan oleh pakar motivasi berkenaan. Menurutnya 300 para ibu bapa telah hadir, iaitu peratusan hadir berada pada tahap 70 peratus. di samping kehadiran penuh semua pelajar seramai 460  Beliau berharap program itu menjadi batu loncatan ke arah kejayaan pelajar meniti arus  kehidupan.

FOTO KENANGAN SEBAHAGIAN PENGGERAK PROGRAM

FOTO KENANGAN SEBAHAGIAN PENGGERAK PROGRAM

Kejayaan program kali ini adalah hasil kerjasama erat seluruh warga  SMKPS, yang telah bertungkus lumus membuat persediaan sejak minggu lalu. Semoga  kerjasama itu dapat dikekalkan dalam program-program yang akan datang.  Terima kasih kepada yang terlibat. Menyusul minggu depan, sambutan Maulidur rasul!

– SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH, PROGRAM KECEMELANGAN 2013. Bookmark the permalink.

2 Responses to SMKPS MENGANJURKAN PROGRAM MENARA ILMU

  1. Nor Zanah Jamari says:

    Tahniah kepada seluruh warga SMKPS yang amat dedikasi dan komited di dalam memastikan kejayaan program. Tahniah juga di atas peratus kehadiran ibu bapa yang amat memberangsangkan serta kehadiran penuh para pelajar. Semoga kecemerlangan terus memayungi SMKPS.

  2. Warga SMKPS says:

    Terima kasih atas kerjasama semua..tanpa teamwork yang padu segalanya tidak mungkin dapat berjalan dengan lancar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s