PELANCARAN PROGRAM NILAM TAHUN 2013

PARIT SULONG, 8 MAC – Program Nadi Ilmu Amalan Membaca peringkat SMK Penghulu Saat selamat dilancarkan , dirasmikan oleh Encik Azizul Rahman Abdul, Mantan Pegawai Jusa C Kementerian Pelajaran bertempat di Dataran Kejat SMKPS

Image

Barisan pentadbir bersama perasmi program NILAM iaitu En. Azizul Rahman B. Abd Rahman

   Dalam ucapan perasmiannya, beliau menyeru para pelajar SMK Penghulu Saat supaya mengamalkan budaya membaca dalam kehidupan. Pengamalannya akan menjadikan mereka lebih yakin dan berpengetahuan dalam pelbagai bidang. Sebagai contoh, banyaknya membaca membolehkan mereka menghadapi temuduga dengan lebih baik, menghayati budaya murni dan menjauhi amalan negatif.

Image

En Azizul Rahman begitu bersemangat memberi ucapan sempena perasmian NILAM

   “ Di negara maju, seperti Jepun,  rakyatnya gemar membaca bahan bacaan yang bermutu dan tidak sekadar bahan picisan. Malangnya di negara kita, ramai generasi muda yang suka membaca bahan hiburan dan tidak merangsang minda positif” , katanya

Image

Gimik perasmian penyerahan buku oleh pelajar kepada perasmi

  “Rakyat Malaysia bukannya miskin, terbukti dengan kemampuan mereka membeli telefon bimbit yang mahal dan selalu  menambah kredit pada telefon mereka. Malangnya, ada yang keberatan untuk membeli bahan bacaan bermutu walaupun harganya tidak semahal mana”

Image

Persembahan oleh pelajar

  Beliau turut menggalakkan pelajar SMKPS untuk membeli majalah Wadah Siswa yang beliau terbitkan untuk faedah golongan pelajar. Di samping itu, beliau menggesa para pelajar supaya menghantar bahan prosa dan puisi  untuk dipertimbangkan penyiarannya dalam majalah berkenaan.

Image

Antara pelajar yang menerima Anugerah Nilam

   Terdahulu, Pengetua SMKPS, Encik Mohsin Ibrahim mahukan para pelajar supaya menanam semangat membaca agar menjadi insan berilmu dan berguna dalam kehidupan. Menurut beliau, orang Jepun sikit-sikit baca, sedangkan orang kita, sikit membaca. Situasi sebegini wajar diubah, ujarnya.

Image

Penyelaras program NILAM merangkap guru Perpustakaan serta pelajar bergambar kenangan

   Sebagai gimik pelancaran dua orang pelajar melakonkan watak ayah dan anaknya yang menolak troli berisi seikat buku dan diserahkan kepada Encik Azizul sebagai cenderamata.

Image

Pengetua En. Mohsin B. Ibrahim menyampaikan cenderahati kepada perasmi iaitu En. Azizul Rahman B. Abd. Rahman

    Kemudian dua orang pelajar telah mendeklamasikan sebuah sajak bertemakan budaya membaca. Mereka diberi tepukan gemuruh oleh para hadirin.

Image

Pn Amira dan Tn. Hj. Ramlan bertindak sebagai pengerusi majlis dalam dwi bahasa iaitu bahasa melayu dan bahasa inggeris.

     Puan Suhaiela Bt. Borham, Guru Perpustakaan dan Media berpuas hati dengan kelancaran majlis pada kali ini dan bersyukur kerana cuaca begitu baik pada pagi berkenaan dan pelancaran NILAM dapat dijalankan dengan jayanya.

-SMKPS-

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s