SELAMAT BERSARA, CIKGU ABDUL RAHIM ANIS

Image
ENCIK MOHSIN MENYAMPAIKAN CENDERAMATA KEPADA CIKGU RAHIM

Oleh; Mustaffa  Siraj

Parit Sulong, 9 Mac – Setelah berkhidmat selama hampir 34 tahun sebagai pendidik, akhirnya Cikgu Abdul Rahim Anis bersara daripada dunia pendidikan. Beliau diraikan dalam satu majlis yang menarik dan bermakna di Dataran Kejat SMK Penghulu Saat baru-baru ini.

Majlis dimulakan dengan beliau dikompangkan oleh pasukan kompang SMKPS lalu dibawa ke pentas utama. Kemudian biodata beliau dibacakan, yang mengimbas fakta sejarah perkhidmatan beliau di Sabak Bernam dan Batu Pahat
Image
PERSEMBAHAN OLEH CIKGU KHAMSULDIN DAN CIKGU UMI KALSUM YANG MENARIK
Dalam ucapannya, beliau menghargai usaha pihak sekolah meraikan beliau, yang diluar daripada jangkaannya. Beliau menyeru para pelajar supaya berusaha menjadi insan yang berguna kepada bangsa dan negara.

Pengetua SMKPS, Encik Mohsin Ibrahim amat menghargai sumbangan dan peranan yang telah dimainkan oleh Cikgu Rahim, khususnya dalam memperkasa mata pelajaran Matematik Tambahan. Beliau berharap Cikgu Rahim akan dapat terus  memberi sumbangan dalam dunia pendidikan walaupun telah bersara.
Image
CIKGU RAHIM MENANAM POKOK SEBAGAI SIMBOLIK PERSARAAN

Persembahan dimulakan oleh deklamasi puisi oleh Nor Atiqah Abdul Rshid dan Mohd Faiz, bertajuk `Selamat Tinggal Cikgu Abdul Rahim. Persembahan kedua juga deklamasi puisi oleh Cikgu Mustaffa Siraj  bertakuk `Salam Perpisahan Cikgu’ dan diakhiri oleh persembahan pantun dan syair oleh Cikgu Khamsuldin Abdul Wahab dan Puan Umi Kalsum Idham yang amat menghiburkan.

Kemudian acara penyampaian hadiah dan cenderamata diikuti dengan Cikgu Abdul Rahim menanam pokok bunga sebagai simbolik persaraan. Kemudian beliau  diarak keluar memasuki kereta untuk dihantar pulang, dengan para guru dan pelajar serta bekas pelajar bersalam dan melambai-lambai tanda perpisahan.
Image
LAMBAIAN TERAKHIR CIKGU RAHIM SEBELUM DIHANTAR PULANG

Semoga Cikgu Rahim kekal sihat dan aktif walaupun pada alam persaraan. Selamat berbahagia diucapkan kepada beliau.

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s