MESYUARAT AGUNG PIBG SMK PENGHULU SAAT DILANGSUNGKAN

DSCN1073
YB DATUK NORAINI AHMAD MEMERIKA BARISAN KEHORMATAN UNIT BERUNIFORM SMKPS

Oleh: Mustaffa Siraj

Parit Sulong, 23 Mac- Mesyuarat Agung PIBG Dan Majlis Anugerah Cemerlang  SMK Penghulu Saat selamat dilangsungkan pagi tadi, dirasmikan oleh Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad di hadapan kira-kira 250 para ibu bapa.

Ketibaan beliau tepat jam 9 pagi disambut dengan paluan kompang oleh ahli Kelab Kompang SMKPS dan persembahan ahli kelab Silat. Beliau kemudian memerika barisan kehormatan ahli-ahli badan beruniform SMKPS.

PELAJAR TERBAIK SPM, NURIN HASANAH AGUS MENERIMA HADIAH

PELAJAR TERBAIK SPM, NURIN HASANAH AGUS MENERIMA HADIAH

Dalam ucapan alu-aluannya, Pengetua SMKPS, Encik Mohsin Ibrahim membentangkan program sekolah pada tahun ini, khususnya dalam meningkatkan prestasi akademik, antaranya kelas tambahan PIBG, latih tubi, khemah akademik, Menara Ilmu dan sebagainya. Beliau turut membentangkan pencapaian kokurikulum pada tahun lepas dan pencapaian semasa. Di samping itu beliau turut mengemukakan permohonan sekolah sebanyak RM25,000 bagi melengkapkan kemudahan Bilik Memartabat  Bahasa Melayu Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI).

SEBAHAGIAN IBU BAPA YANG HADIR

SEBAHAGIAN IBU BAPA YANG HADIR

Yang Berhormat Datuk Noraini pula dalam ucapannya melahirkan rasa gembira dengan kehadiran para ibu bapa yang sangat ramai, petanda sokongan kuat mereka kepada program sekolah. Beliau telah memaklumkan kepada YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin tentang permohonan sekolah dan telah diluluskan.

ENCIK MOHSIN MENYAMPAIKAN CENDERAMATA KEPADA YB DATUK NORAINI

ENCIK MOHSIN MENYAMPAIKAN CENDERAMATA KEPADA YB DATUK NORAINI

Seramai hampir 100 orang pelajar telah menerima pelbagai hadiah pelajaran, baik di bidang kurikulum mahupun kokurikulum, termasuk pelajar cemerlang PMR dan SPM dan olahragawan serta olahragawati tahun 2013. Hadiah berbentuk piala, sijil dan wang tunai.

Encik Masli Mahpul  telah terpilih menjadi Pengerusi PIBG yang baru, mendapat 185 undi  setelah berjaya menewaskan Encik Mohd Arif Othman, yang mendapat 45 undi. Kebanyakan AJK lama kekal dalam barisan baru PIBG.

-smkps

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s