PLATUN KADET POLIS SMKPS NAIB JOHAN DAERAH BP

IMG_8466-2

Barisan ahli platun Kadet Polis SMK Penghulu Saat yang gigih berjuang

Ayer Hitam, 11 April – Platun Kadet Polis SMKPS sekali lagi mengharumkan nama sekolah apabila muncul naib johan Hari Kor Kadet Polis kali ke 43 yang berlangsung di SMK Suria Perdana hari ini.

Platun  yang diketuai oleh Ketua Platun, Siti Norhamizah Sa’audi berjaya mempamerkan persembahan mantap dan berjaya memperoleh markah 92 peratus  manakala johan disandang oleh Platun SM Agama Parit Raja, yang mendapat 92.5 peratus. SMKPS merupakan johan tahun lalu. Tempat ketiga disandang  SMK Permata Jaya. Sebanyak 18 platun telah mengambil bahagian dalam kategori perempuan. Meskipun tidak dapat mempertahankan kejuaraan namum , markah yang diperoleh lebih baik berbanding tahun lalu ketika platun ini merangkul Johan dan ini merupakan petanda baik bahawa prestasi setiap platun yang bertanding telah mempamerkan persembahan yang lebih cemerlang.

IMG_8461-2

Langkah Kemenangan

Bagi kategori lelaki, johan juga disandang SM Agama Parit Raja , yang juga merupakan platun yang terpilih pada tahun ini sebagai platun kawalan, diikuti naib johan SMK Banang Jaya dan ketiga platun SMK Datuk Onn. Hadiah-hadiah disampaikan oleh ACP Din Adam, Ketua Polis daerah Batu Pahat dengan disaksikan pengetua-pengetua sekolah Menengah  Daerah Batu Pahat, guru-guru penolong kanan kokurikulum dan para pegawai polis daerah.

Ketua Guru Penasihat Kadet Polis SMKPS, Encik Hatta Munse Mohsin melahirkan rasa gembira atas kejayaan ini. Beliau yang baru tahun ini menjadi ketua guru penasihat berharap ahli platun tidak kecewa kerana gagal mempertahankan kejuaraan tahun lalu.  Menurut beliau, platun telah memberikan persembahan mantap dan telah bekerja keras berlatih hampir setiap hari sejak Februari lalu.

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s