LATIHAN KEBAKARAN SMK PENGHULU SAAT 2013

Oleh: Mohd Khamsuldin Bin Abdul Wahab

Parit Sulong, 17 April – Unit Keselamatan SMK Penghulu Saat telah berjaya melaksanakan Latihan Kebakaran atau Fire Drill. Menurut Unit Bomba, SMK Penghulu Saat merupakan sekolah pertama di Daerah Batu Pahat yang menjalankan latihan kebakaran ini.

Image

Latihan memadam kebakaran oleh pihak bomba kepada pelajar sekolah

Loceng kebakaran telah dibunyikan selama 3 minit pada jam 9.00 pagi dan pelajar diarahkan untuk bergerak segera ke padang sekolah yang merupakan tapak untuk pelajar berhimpun jika berlaku kebakaran. Kemudian, guru kelas ditugaskan untuk mengambil kehadiran bagi memastikan tiada pelajar yang mengalami kecederaan sepanjang latihan dijalankan.

Acara seterusnya ialah taklimat kebakaran yang disampaikan oleh En. Ibnur selaku Ketua Bomba bahagian latihan kebakaran Daerah Yong Peng. Dalam ucapannya, beliau menyeru para pelajar supaya serius ketika menjalankan latihan kebakaran ini supaya mereka dapat menyelamatkan diri jika berlaku kebakaran. Selain itu, beliau mahu pelajar sentiasa peka terhadap keselamatan diri ketika menghadapi kebakaran dan dapat mengaplikasikan ilmu ini dalam kehidupan seharian.

Image

En. Mohsin menyampaikan cenderahati kepada salah seorang pegawai bomba yang hadir latihan kebakaran di SMK Penghulu Saat

En. Ibnur juga telah menunjukkan kepada warga SMK Penghulu Saat cara-cara bagaimana memadam api dengan menggunakan “Fire Extinguisher” atau alat pemadam kebakaran.

Sementara itu, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Penghulu Saat, Hj. Zainal Abidin B. Musni mengucapkan syabas dan tahniah kepada Unit Keselamatan yang diketuai oleh En. Md. Azmi B. Ramli kerana telah berjaya mengadakan latihan kebakaran ini. Beliau berharap para pelajar dapat mengamil langkah-langkah keselamatan yang berkesan sekiranya berlaku kebakaran atau sebarang kejadian yang tidak diingini.

 -SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s