CORAT-CORET KEJOHANAN KAWAD KAKI DAERAH BATU PAHAT

PLATUN PANDU PUTERI SMKPS DI TG LABOH

PLATUN PANDU PUTERI SMKPS DI TG LABOH

Oleh: Mustaffa Siraj

TANJUNG LABOH , 18 April – Selama tiga hari pada minggu lalu, telah berlangsung kejohanan Kawad Kaki Unit Beruniform Sekolah-sekolah Daerah Batu Pahat, bertempat di Kem Jubli Intan, Tanjung Laboh. Semua sekolah telah mengambil bahagian, baik dalam kategori badan kerajaan, badan bukan kerajaan mahupun Kadet Remaja Sekolah.

Pada hari Selasa, 16 April telah berlangsung pertandingan kategori badan bukan kerajaan. SMK penghulu Saat telah menghantar platun Pandu Puteri (Perempuan) dan Pengakap (Lelaki). Pertandingan memang sengit dan semua platun telah cuba bersungguh-sungguh memenangi hati para hakim. Antara uniform yang mengambil bahagian adalah pandu puteri, puteri Islam, pengakap darat dan laut dan bulan sabit merah Malaysia.

PLATUN PENGAKAP SMKPS DI TG LABOH

PLATUN PENGAKAP SMKPS DI TG LABOH

Pada hari Rabu pula, berlangsung kategori badan kerajaan. Kali ini dapat disaksikan penyertaan platun kadet polis, jabatan pertahanan awam, kadet bomba dan platun pasukan kadet bersatu Malaysia. Kali ini gerak dan formasinya agak keras dan bertenaga.

Pada hari terakhir, kategori kadet remaja sekolah telah dipertandingkan. Kali ini nampak kreativiti platun, di mana ada platu melakukan gerak tarian, bernyanyi beramai-ramai dan pelbagai aksi bercorak stunt. Penonton memang terhibur! SMK Penghulu Saat menghantar platun lelaki kadet remaja sekolah.

PLATUN KRS SMK PENGHULU SAAT DI TG LABOH

PLATUN KRS SMK PENGHULU SAAT DI TG LABOH

Cuaca sepanjang pertandingan amat panas. Dianggarkan suhu mencecah 35 darjah Celsius. Namun hal ini tidak menghalang setiap pasukan mempamerkan aksi mantap dan formasi yang memikat. Ada yang telah berlatih berbulan-bulan lamanya, dan terbukti dengan persembahan yang bertenaga dan berkualiti.

Adat pertandingan, ada yang menang dan ada yang kalah. Johan keseluruhan dimenangi oleh pasukan SMK Tinggi. Antara pasukan lain yang muncul johan ialah kadet bomba SMK Tun Aminah dan Pengakap Laut SMK Permata Jaya.

Kali ini SMK Penghulu Saat gagal mendapat sebarang tempat, tetapi daripada apa yang saya dapat saksikan, mereka telah berusaha bersungguh-sungguh menunjukkan aksi terbaik dan tidak melakukan kesilapan besar. Tahniah kepada peserta sekolah kita.

Setinggi-tinggi penghargaan buat semua ketua guru penasihat , Puan Junaidah Md Subahi (Pandu Puteri), Puan Idayati Rahim (KRS) dan Encik Md Khir Yusof (Pengakap) kerana gigih menyediakan platun. Komitmen tinggi ahli platun juga wajar dihargai.

Moga mereka tetap berusaha meningkatkan kualiti persembahan pada masa yang akan datang!

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s