KURSUS PENGAWAS SMK PENGHULU SAAT 2013

Oleh: Ahmad Khalis B. Yahya

Denai Alam, Muar 14 APRIL – Kursus Kepimpinan Pengawas SMKPS selamat dijalankan bermula 12 April dan berakhir 14 April petang tadi di Pusat Kokurikulum Kem Denai Alam, Muar. Kursus dihadiri 83 orang pengawas, dan kebanyakannya pengawas baru.

Image

Slot ceramah yang dikendalikan oleh dua pakar kaunselor iaitu En. Mohd Jais Bakar dan En. Norazam Ahmad

Pada hari pertama, pengisian program dikendalikan oleh Cikgu Norhisham Bin Khalid selaku Kem Komando untuk menyampaikan taklimat. Antara taklimatnya ialah ceramah kepimpinan, membina watak cemerlang, LDK dan membina matlamat diri yang akan dikendalikan sepenuhnya oleh Kaunselor dan dibantu dengan 10 orang fasilitator dari kalangan Pembimbing Rakan Sebaya di sekolah ini. Pada jam 2.30 petang semua pengawas menaiki bas dan bertolak ke tempat yang dituju dan sampai di kem jam 4.00 petang.

Sebaik sahaja tiba di dewan utama Kem Denai, semua pengawas mendengar ucapan yang disampaikan oleh Kem Komando dan ucapan Tuan Pelatih iaitu Tn. Rashid jurulatih khas dari Pusat Kokurikulum. Kami didedahkan dengan peraturan dan adab-adab di kem tersebut. Kami juga diberitahu lokasi-lokasi perkemahan bagi pengawas lelaki dan perempuan, selepas itu kami sebulat suara telah melantik seorang Penghulu iaitu Mohd. Izaat bin Hashim dan seorang Penghuluwati iaitu Atiqah Hajar bte Sukono. Selepas menikmati minum petang dan solat asar, semua pengawas diberi taklimat tentang  pemasangan kemah dan pembahagian ahli dalam setiap kemah.

Image

Aktiviti yang dijalankan bagi memupuk kerjasama antara pengawas

Selepas solat maghrib dan isyak semua pengawas dibahagikan kepada beberapa kumpulan atau lebih dikenali sebagai Ice Breaking. Setiap pengawas diberi amanah untuk menjaga nama rakan misteri masing-masing. Kami juga diminta membentuk identiti kumpulan masing-masing. Selesai aktiviti, kami diberitahu nama guru penasihat dan fasilitator setiap kumpulan. Pada jam 11.00 malam kami diberikan sedikit minum malam. Selepas itu kami diminta untuk masuk tidur tetapi setiap ahli kumpulan kemah dikehendaki berjaga malam(centri) mengikut masa yang telah ditetapkan.

Image

Pelajar bekerjasama membuat kerja yang remeh yang akhirnya menjadi mudah

            Pada jam 4.30 pagi hari kedua, kami dikejutkan  untuk bersiap diri dan solat subuh serta solat hajat berjemaah. Setelah selesai solat hajat kem Komando menyampaikan tazkirah diikuti pula dengan senaman pagi untuk memberi kecergasan fizikal. Sesudah sarapan pagi diberikan, seterusnya kami mendengar ceramah yang disampaikan oleh En. Norazam bin Ahmad dan En. Mohd. Jais bin Bakar berkaitan konsep kepimpinan di Dewan Utama. Aktiviti seterusnya ialah Jungle Treaking. Terdapat 12 halangan yang harus ditempoh dan diredah oleh setiap pengawas seperti Tarzan Swing, Komodo Crawl, Titi Gajah, Titi Kambing dan memanjat tembok. Pada jam 2.30. petang kami meneruskan lagi aktiviti iaitu explorace. Sebelum memulakan aktiviti itu setiap kumpulan diberikan barang amanah yang mesti dijaga sehingga selesai aktiviti itu. Dalam aktiviti itu kami diberi sehelai kertas dan disuruh untuk memuatkan seluruh ahli kumpulan seramai sepuloh orang untuk masuk ke dalam kertas tersebut, kemudian diberikan tujuh batang paku dan memastikan hanya satu batang paku sahaja yang boleh jejak ke tanah. Mereka harus mengangkat bola menggunakan tali dan meyelesaikan teka silang kata.

Image

Pelajar menikmati makanan bersama-sama

            Setelah selesai aktiviti tersebut pengawas diminta membuka barang amanah yang diberikan dan menuangkannya ke dalam dulang yang terkandung kacang hijau, kacang merah,kacang tanah, kacang dal dan pulut hitam. Barang itu bercampur aduk antara satu sama lain dan diminta mengasingkannya di dalam dulang dalam masa selama 30 minit. Selesai membersihkan diri dan solat maghrib serta mendengar tazkirah maghrib diikuti dengan aktiviti malam kebudayaan.

            En. Mohsin bin Ibrahim, Pengetua SMK Penghulu Saat memberikan ceramah yang bertajuk konsep kepimpinan iaitu diberikan ciri-ciri pemimpin lebah. Aktiviti seterusnya dengan membina belon paling tinggi, kukuh dan kreatif. Walaubagaimanapun pada jam 3.00 pagi semua pengawas dikejutkan kerana berlaku ribut dan hujan lebat. Semua pengawas bergegas masuk ke dalam kabin guru untuk menyelamatkan diri dan bermalam disitu.

Image

Pelajar membuat persembahan yang menguji kreativiti

Pada hari ketiga pula mereka mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Tn. Hj. Shahruddin bin Samsuri dan seterusnya senaman pagi dan kudapan. Selepas itu kami disuruh kembali ke kemah dan mengemas barang-barang untuk pulang serta membuka semula kemah. Setelah selesai kami ke Dewan Utama untuk mengikuti aktiviti nyanyian ulat bulu “ Vokal”, Super Spontan, Komunikasi antara ketua dan ahli kumpulan, komunikasi bahasa isyarat dan tiga orang pengawas iaitu Mohd. Izaat bin Hashim, Atiqah Hajar Binti Sukono dan Azwan bin Azhari diberi tugas untuk menjual barang. Mereka diuji dengan berbagai ragam dan kerenah untuk menguji katahanan mereka. Antara reaksi mereka apabila melihat krenah rakan-rakan telah membuatkan mereka merasa bengang, marah, geram dan menangis. Namun begitu ada juga yang rasa teruja dan gembira.

Image

Tuan Hj. Zainal Abidin B. Musni menyampaikan cenderahati kepada penceramah

Pada jam 12.00 tengahari majlis penutupan berlangsung. Tn. Hj. Zainal Abidin bin Musni telah merasmikannya diikuti dengan penyampaian hadiah. Nurhaziqah binti Tahiran telah mendapat anugerah pengawas terbaik sepanjang kursus tersebut dijalankan. Pada jam 1.30 kami pun menaiki bas untuk pulang dan dijemput oleh ibuubapa masing-masing.

Guru Pengawas, Puan Noraini Abd Rahman, berpuas hati dengan perjalanan dan pengisian program kali ini. Beliau berterima kasih kepada semua guru pengawas, fasilitator PRS dan para pengawas yang turut serta.

-SMKPS

 

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s