PROGRAM KECEMERLANGAN SPM BERSAMA MAJLIS AMANAH RAKYAT

Image

Pengarah MARA negeri Johor menyampaikan cenderamata kepada Encik Ariss Shamsudin

Oleh; Mustaffa Siraj

PARIT SULONG, 26 April – SMK Penghulu Saat selesai mengadakan Program Teknik Menjawab SPM dan Motivasi Khas untuk pelajar dan ibu bapa baru-baru in. Majlis dengan kerjasama Pejabat MARA daerah Batu Pahat dilangsungkan di dewan sekolah.

Pada sesi pagi, slot bimbingan Matematik dikendalikan Oleh Encik Mohd Fauzi Sulaiman, diikuti slot Solat-solat Sunat dikendalikan oleh Ustaz Faiz Muhammad diikuti slot Bimbingan Bahasa Inggeris oleh Encik Ahmad Agree bin Ahmad Zawawi.

Image

ENCIK SHAMSUL BAHRIN MEMBERI MOTIVASI KEPADA IBU BAPA DAN PELAJAR

Pada sebelah petang, Motivasi Kecemerlangan Pelajar dan Ibu Bapa telah diadakan, dikendalikan oleh Encik Shamsul Bahrain Haron dari Wira Gemilang Consultancy. Beliau mengupas persoalan peranan dan tanggungjawab ibu bapa dalam meningkatkan prestasi anak-anak mereka.

Beliau turut mengingatkan para pelajar supaya mengamalkan 4 perkara , iaitu merancang, berusaha, berdoa dan tawakal dalam proses menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat

“Untuk berjaya, pelajar perlu berhijrah dan berubah. Selalulah bermuhasabah dan membuat penilaian tentang prestasi dan kesilapan kita, agar pisang tidak berbuah dua kali. Jangan ambil sikap tunggu dan lihat,”katanya.

IBU BAPA YANG HADIR

IBU BAPA YANG HADIR

Majlis pada petang itu ditutup secara rasmi oleh Encik Ariss Shamsudin, Ahli Majlis MARA. Turut hadir, pegawai-pegawai MARA negeri Johor dan kira-kira 300 para ibu bapa.

MARA bermurah hati untuk menanggung kos perbelanjaan pengendalian program, yang merupakan siri kedua diadakan selepas program yang sama di MRSM Batu Pahat baru-baru ini.

Semoga kerjasama yang terjalin dapat diteruskan pada masa yang akan datang, demi kebaikan pelajar dan sekolah amnya.

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
Aside | This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s