SEPAK TAKRAW B15: SMKPS NAIB JOHAN DAERAH

Oleh: Mustaffa Siraj

Para pemain bersama dengan jurulatih dan pengurus

RENGIT, 7 Mei – SMK Penghulu Saat berjaya mendapat naIb johan pertandingan Sepak Takraw Lelaki 15 tahun yang berlangsung di SMK Tun Sardon, Rengit, baru-baru ini.

Regu SMKPS dianggotai oleh Mohd Faridzul Helmi Kamsani, Mohd Kamal Ahmad dan Mohd Azzad Azrul A Rahman tewas pada perlawanan akhir  kepada regu SMK Tun Sardon 10-15 dan 9-15.

Di peringkat suku akhir, regu berkenaan mengalahkan regu SMK Dato Sulaiman manakala di peringkat separuh akhir , berjaya mengalahkan regu SMK Senggarang dalam tiga set yang menarik.

Menurut pengurus pasukan, Tuan Haji Mohd Pauzan Wan, kejayaan ini adalah satu kemenangan  yang amat manis dan menggembirakan guru dan pemain. Tambahan pula, sudah lama SMKPS tidak mencapai kejayaan baik dalam permainan sepak takraw kerana dibayangi pasukan yang hebat, seperti SMK Tun Sardon, SMK Datuk Menteri dan SMK Senggarang.

Ketua jurulatih, YM Raja Zakaria Raja Ali juga gembira dengan kejayaan ini, yang dicapai bukan dengan jalan mudah. Beliau yang telah melatih pasukan sejak awal tahun mengakui kekuatan pasukan lawan yang merupakan pemain yang telah bertanding di peringkat MSSJ tahun lalu.

Sidang blog  mengucapkan tahniah kepada  guru dan pemain yang telah bertungkus lumus membawa kejayaan kepada sekolah.

-smkps

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s