LAWATAN PENANDA ARAS KE SMK SULTAN ABU BAKAR, MUAR

GURU SMKPS BERGAMBAR KENANGAN DGN GURU SMKSAB

GURU SMKPS BERGAMBAR KENANGAN DGN GURU SMKSAB

Oleh: Mustaffa Siraj

Kelab Bilik Guru SMK Penghulu Saat telah mengadakan lawatan penanda aras ke SMK Perempuan Sultan Abu Bakar, Muar Sabtu lalu. Lawatan disertai oleh 40 orang guru diketuai oleh Pengetua SMK Penghulu Saat, Encik Mohsin Ibrahim. SMKSAB merupakan sebuah sekolah kluster.

SEBAHAGIAN GURU SMKPS DI SMKSAB

SEBAHAGIAN GURU SMKPS DI SMKSAB

Ketibaan rombongan disambut Pengetua SMK Sultan Abu Bakar, Puan Hajah Suhana Sulaiman, Pengetua Cemerlang dan barisan guru sekolah berkenaan. Dalam ucapannya, beliau mengalu-alukan rombongan SMKPS dan berharap kedua-dua pihak dapat menimba pengetahuan dan memgambil mana-mana yang baik untuk dipelajari.

SATU LANDSKAP DI SMKSAB

SATU LANDSKAP MENARIK DI SMKSAB

Rombongan SMKPS kemudian dibawa melihat dokumentasi yang disediakan di sekolah itu yang serba lengkap, baik dalam aspek kurikulum, hal ehwal murid mahupun kokurikulum. Sebagai contoh, Bilik Kadet Polis mengandungi begitu banyak maklumat tentang sejarah, kegiatan dan kejayaan badan beruniform itu.

PERSEMBAHAN PASUKAN KOMPANG FORMASI SMKSAB YANG MEMUKAU

PERSEMBAHAN PASUKAN KOMPANG FORMASI SMKSAB YANG MEMUKAU

Rombongan juga melihat Galeri Hall Of Fame sekolah berkenaan, yang memaparkan segala kejayaan yang dicapai dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Segala maklumat begitu lengkap dan disusun atur dengan begitu menarik.

GURU-GURU SMKPS MENELITI BAHAN DOKUMENTASI DI SMKSAB

GURU-GURU SMKPS MENELITI BAHAN DOKUMENTASI DI SMKSAB

Sekolah berkenaan hebat dalam mata pelajaran Sains dan permainan Bola Jaring. Prestasi akademik juga amat memuaskan dan antara sekolah terbaik di Muar. Rombongan juga berpeluang menyaksikan persembahan pasukan Kompang Formasi yang membuat persembahan memukau. Persembahan gamelan juga diperdengarkan kepada  rombongan SMKPS.

Persekitaran sekolah yang bersih dan kemas juga menarik perhatian rombongan. Landskap yang menarik dan serba kehijauan menambah daya tarikan sekolah berkenaan.

KEDUA-DUA PIHAK MENUNJUKKAN MOU YANG TELAH DITANDATANGANI

KEDUA-DUA PIHAK MENUNJUKKAN MOU YANG TELAH DITANDATANGANI

Sebelum pulang, kedua-dua sekolah telah menandatangani perjanjian persefahaman (memorandum of understanding) yang memfokuskan persetujuan bersama kedua belah pihak dalam pelbagai bidang demi kebaikan bersama. Satu kunjungan balas juga akan dilakukan oleh SMKSAB.

PENGETUA SMKPS MENERIMA CENDERAMATA DARIPADA PENGETUA CEMERLANG SMKSAB

PENGETUA SMKPS MENERIMA CENDERAMATA DARIPADA PENGETUA CEMERLANG SMKSAB

Pengetua SMKPS, Encik Mohsin Ibrahim, amat berpuas hati dengan lawatan ini dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada  seluruh warga SMSAB  atas   layanan istimewa yang diberikan oleh tuan rumah. Di samping itu lawatan ini membuka mata guru-guru tentang kemudahan, kelengkapan, kesempurnaan dokumentasi dan perjalanan sekolah yang cemerlang.

Pengerusi Kelab Bilik Guru SMKPS, Puan Zaimah Sahar juga berpuas hati dengan kerjasama para guru menjayakan program lawatan dan pelbagai  aktiviti menarik yang disediakan.

Sesungguhnya lawatan ini membuka lembaran baru ke arah hubungan yang baik antara dua sekolah demi kebaikan bersama.

 

-smkps

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s