SAMBUTAN HARI GURU SMKPS 2013

GURU-GURU SMKPS BERGAMBAR RAMAI PADA HARI GURU

GURU-GURU SMKPS BERGAMBAR RAMAI PADA HARI GURU

Oleh: Mustaffa Siraj

Sambutan hari guru merupakan wadah untuk menghargai jasa dan pengorbanan para pendidik yang bertungkus-lumus memperkasa modal insan sejajar dengan hasrat pemimpin negara.

SMK Penghulu Saat, Parit Sulong telah mengadakan sambutan yang meriah dan padat dengan pengisian bermakna untuk dihayati seluruh warga sekolah. Program bermula dengan ucapan pengetuanya, Mohsin Ibrahim yang menyeru para guru dan pelajar supaya menjayakan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

 

PENTADBIR DAN GURU SMKPS MELAFAZKAN IKRAR

PENTADBIR DAN GURU SMKPS MELAFAZKAN IKRAR

 

Tema Guru Malaysia 1Aspirasi 1Agenda menuntut para guru menterjemahkan PPPM ke arah sistem pendidikan yang memastikan akses ke arah kejayaan, standard kualiti antarabangsa, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dan pelaksanaan berkecakapan tinggi,” jelasnya.

Oleh yang demikian, para guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai agenda atau tugas utama untuk melahirkan murid yang seimbang sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara”.

 

PENGETUA SMKPS MENEMBAK KE ARAH BELON  SEBAGAI GIMIK SAMBUTAN

PENGETUA SMKPS MENEMBAK KE ARAH BELON SEBAGAI GIMIK SAMBUTAN

 

Majlis turut diserikan dengan persembahan bicara berirama yang menampilkan para guru mengupas persoalan peranan dan tanggungjawab mereka yang semakin mencabar dan rencam, tetapi mereka tetap memberi komitmen tinggi tanpa sebarang rungutan.

Gimik perasmian pula, sekumpulan ahli kelab Seni Silat telah menunjukkan aksi tempur, sebelum ketua kumpulan menyerahkan skrol perasmian untuk dibacakan Pengetua. Kemudian Pengetua pula telah menembak belon menggunakan senapang paint ball, Akhir sekali Pengetua memotong kek sambutan Hari Guru sebagai pelengkap gimik perasmian.

 

PERSEMBAHAN BICARA BERIRAMA PARA GURU

PERSEMBAHAN BICARA BERIRAMA PARA GURU

 

Acara diteruskan di padang dengan aktiviti sukaneka. Antara yang dijalankan ialah membawa bola pingpong dengan sudu, boling buah kelapa dan berjalan atas batu bata. Guru-guru bersungguh-sungguh menjayakan aktiviti dengan tepukan gemuruh para pelajar.

Di sebelah tengah hari, diadakan acara persembahan guru dan pelajar. Pelajar mempersembahkan boria dan nyanyian solo lagu-lagu yang menyanjungi. Jasa guru. Dua persembahan guru sebagai acara kemuncak persembahan telah mencuri tumpuan.

PARA PELAKON DRAMA BANGSAWAN (GURU)

PARA PELAKON DRAMA BANGSAWAN (GURU)

Pertama, persembahan drama bangsawan bertajuk `Peminangan Puteri Gunung Ledang’. Watak seperti Sultan Melaka, Bendahara, Laksamana, Tun Mamat dan Puteri Gunung Ledang dilakonkan dengan baik oleh para guru, yang berpakaian tradisional tetapi menggunakan unsur-unsur moden seperti penggunaan telefon bimbit dan penyembur nyamuk Shelltox. Lakonan mereka cukup menghiburkan.

PERSEMBAHAN SKETSA KUMPULAN TUAN HAJI RAMLAN

PERSEMBAHAN SKETSA KUMPULAN TUAN HAJI RAMLAN


Kedua, sketsa bertajuk `Lawatan ke rumah kebajikan’ Dalam lakonan ini, para guru membawa watak penghuni di sana yang terdiri warga emas. Penonton tercuit hati melihatkan aksi para guru yang bersahaja, bersulam jenaka tetapi membawa mesej yang murni untuk dihayati.

PERSEMBAHAN OLEH PELAJAR SMKPS

PERSEMBAHAN OLEH PELAJAR SMKPS

 

Pengerusi Kelab Bilik Guru, Puan Zaimah Sahar selaku Penyelaras Sambutan Hari Guru, berpuas hati dengan kelancaran aktiviti yang dijalankan dan kerjasama seluruh warga sekolah sebagai usaha mengiktiraf pengorbanan guru demi kebaikan anak didik di sekolah berkenaan.

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s