4 PELAJAR SMKPS MENANG PERTANDINGAN MENULIS CERPEN HARI GURU BATU PAHAT

Oleh: Mustaffa Siraj

PARIT RAJA, 23 MEI – 4 pelajar SMK Penghulu Saat mengharumkan nama sekolah apabila memenangi hadiah dalam pertandingan menulis cerpen sempena Hari Guru daerah Batu Pahat. Hadiah-hadiah disampaikan pada majlis sambutan Hari Guru peringkat daerah Batu Pahat, yang diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Orang Ramai Parit Raja.

HG 2  HG 2 (1)HG 1  HG 4

Nurul Syafiqah Mochamat, pelajar Tingkatan 3 Aktif, mendapat naib johan  bagi kategori menengah rendah, manakala  Nurul Rodiah Mohd Hadis tempat ke 4  dan Mohd Ali Imran di tempat ke 5. Bagi kategori menengah atas, Nur Aidil Idayu Timin mendapat tempat ketiga.

gambar cerpen

Pemenang Anugerah Pertandingan Menulis Cerpen Kanak-kanak Sempena Hari Guru Tahun 2013. Dari Kiri Nur Aidil Hidayu, Nurul Syafiqah,Nurul Rodiah dan Muhammad Ali Imran.

Majlis yang berlangsung meriah itu dirasmikan oleh Penolong Pegawai Daerah Batu Pahat, Tuan Haji Ropi Subari, yang mewakili Ahli Parlimen Seri Gading, YB Abdul Aziz Kaprawi.  Sebanyak   kira-kira 300 para pendidik seluruh daerah hadir pada majlis itu. Hadir sama, Encik Ab Rahim Lamin, Pegawai Pelajaran daerah Batu Pahat.

Guru pembimbing pelajar berkenaan, Puan Umi Kalsum Idham jelas gembira dengan pencapaian ini dan membuktikan bahawa pelajar SMKPS mampu bersaing dan beroleh kejayaan dalam pertandingan peringkat daerah.

“Saya dapati pelajar-pelajar berkenaan memang berbakat. Bagaimanapun saya telah membuat sedikit suntingan sebelum dihantar dan terbukti tindakan menghantar karya mereka telah membuahkan hasil yang memuaskan,” ujarnya.

HG 5

Tokoh Guru Tahun 2013 Tn. Hj. Umar bin Kamari

Pengetua SMKPS, Encik Mohsin Ibrahim turut melahirkan kegembiraan atas kejayaan. Beliau mahukan para pelajar SMKPS akan terus berusaha untuk mencipta lebih banyak kejayaan di peringkat daerah atau di peringkat lebih tinggi. Tambahan pula tuntutan semasa memerlukan pelajar-pelajar bersaing mendapatkan pencapaian terbaik untuk memasuki pusat pengajian tinggi ataupun masuk ke bidang pekerjaan.

Tuan Haji Umar Kamari, mantan Pegawai Pelajaran daerah Batu Pahat, telah dipilih sebagai Tokoh Guru tahun 2013. Beliau yang bersara pada tahun 2005 banyak menyumbang jasa bakti di seluruh negeri Johor.

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s