80 PELAJAR SERTAI PERKHEMAHAN BERSEPADU KOKURIKULUM DI MUAR

 

PESERTA DAN GURU BERGAMBAR DI AKHIR PERKHEMAHAN

PESERTA DAN GURU BERGAMBAR DI AKHIR PERKHEMAHAN

Oleh : Mustaffa  Siraj

MUAR, 27 Mei – 80 pelajar SMK Penghulu Saat telah menyertai perkhemahan bersepadu kokurikulum bertempat di Zaaba Farm, Muar   dari 25 hingga 27 Mei lalu. Seramai 15 guru terbabit secara langsung dalam perkhemahan berkenaan.

JURULATIH MENUNJUK AJAR PESERTA

JURULATIH MENUNJUK AJAR PESERTA

Pada hari pertama, diadakan taklimat yang dikendalkan oleh kem komanden, Encik Norhisham Khalid, diikuti aktiviti ice breaking dan latihan dalam kumpulan, yang dikendalikan oleh  Encik Norazam. Kuliah maghrib pula dikendalikan oleh Ustaz Pauzan Wan. Slot tazkirah pada pagi hari kedua dikendalikan oleh Tuan Haji Ramlan Pit.

USTAZ PAUZAN MENYAMPAIKAN KULIAH MAGHRIB

USTAZ PAUZAN MENYAMPAIKAN KULIAH MAGHRIB

Slot ceramah pada sebelah malam dikendalikan  oleh Ustaz Fadzil Mohd Amin, Motivator Aura Metafizik dari Muar. Beliau mengupaskan peranan dan tanggungjawab sebagai pelajar kepada masyarakat dan negara di samping menerapkan  didikan agama dan ketaatan kepada ibu bapa. Isu-isu membabitkan penularan budaya negatif seperti buang bayi, merempit dan gejala dadah turut dikupas dengan baik dan memberi kesan positif kepada peserta.

PESERTA PEREMPUAN MEMANJAT TALI GANTUNG

PESERTA PEREMPUAN MEMANJAT TALI GANTUNG

Pada hari kedua, diisi dengan aktiviti senaman pagi, kawad kaki, kembara hutan, permainan bola sepak dan aktiviti berhalangan, dikendalikan oleh jurulatih yang disediakan Zaaba Farm.

SATU DARIPADA PERSEMBAHAN PELAJAR

SATU DARIPADA PERSEMBAHAN PELAJAR

Pada sebelah malam, Encik Md Azmi Ramli memimpin solat berjemaah dan tazkirah. Seterusnya acara persembahan kebudayaan oleh 8 kumpulan peserta. Setiap kumpulan telah mempersembahkan tiga konsep persembahan, iaitu tarian, nyanyian dan lakonan. Persembahan mereka begitu menarik dan memukau perhatian kira-kira 20 orang guru yang hadir. Majlis dikendalikan oleh  Tuan Haji Ramlan Pit.

KAWAD STATIK PESERTA

KAWAD STATIK PESERTA

Pada pagi hari ketiga, diadakan kawad kaki statik , penggambaran guru dan peserta dan majlis penutup . Kemudian para peserta telah dibawa menaiki bot menyusuri Sungai Muar di Tanjung Emas sehingga ke Sabak Aur. Perjalanan memang menyeronokkan melihat kawasan persekitaran sungai yang tenang, serba kehijauan dan mendamaikan.

PENYAMPAIAN HADIAH  DI MAJLIS PENUTUP

PENYAMPAIAN HADIAH DI MAJLIS PENUTUP

Kem komanden, Encik Norhisham Khalid berpuas hati dengan perjalanan kem yang lancar dan kerjasama guru dan peserta yang sungguh baik. Beliau berharap para peserta dapat menimba pengalaman sebaik mungkin daripada input perkhemahan sepanjang tiga hari berkenaan. Beliau turut berpuas hati dengan kerjasama Zaaba Farm, di bawah Pengurusnya, Encik Mohd Najib Mohd Ali.

SEBAHAGIAN DARIPADA GURU YANG TERBABIT DALAM PERKHEMAHAN

SEBAHAGIAN DARIPADA GURU YANG TERBABIT DALAM PERKHEMAHAN

-smkps

-m

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s