PROGRAM PERCUTIAN GURU DAN STAF SMKPS KE PULAU TIOMAN

FOTO KENANGAN AHLI ROMBONGAN DI KG GENTING

FOTO KENANGAN AHLI ROMBONGAN DI KG GENTING

Oleh: Mustaffa Siraj

Pulau Tioman terletak di negeri Pahang Darul Makmur. Pulau yang diiktiraf antara 10 pulau tercantik di dunia menggamit guru dan staf sokongan SMK Penghulu Saat untuk bercuti di sana. Atas tema ‘Jom Jalan-jalan’, Kelab Bilik Guru SMKPS yang diterajui Puan Zaimah Sahar telah menggerakkan usaha ke sana. Hasilnya pada 3 hingga 5 Jun, rombongan guru dan staf meninggalkan Parit Sulong untuk ke sana.

Perjalanan selama tiga jam melalui bandar Kluang dan Mersing memang meletihkan, tetapi kerana tekad mereka untuk bercuti bersama-sama , telah memungkinkan semuanya. Mereka menaiki feri dari jeti Mersing dan mengharungi perjalanan selama 1 jam 20 minit sebelum sampai ke Resort Idaman di Kg Genting, Tioman.

Sesampainya  di sana , mereka terpesona melihat kejernihan air laut dan kepelbagaian jenis ikan beraneka warna yang ada di sekitar jeti. Walaupun kepenatan pada malamnya, mereka tetap turun ke jeti untuk melihat pekan Genting dan pemancing menjalankan aktiviti memancing.

AHLI ROMBONGAN MANDI DAN BERSNORKEL DI TAMAN LAUT

AHLI ROMBONGAN MANDI DAN BERSNORKEL DI TAMAN LAUT

Pada pagi hari kedua, rombongan dibawa dengan tiga buah bot  menuju Pekan Tekek. Di sana mereka bersiar-siar di sekitar pekan, di mana terdapat pasar raya kecil menjual aneka barangan bebas cukai. Tidak ketinggalan, mereka menikmati Roti Shady Bakery yang enak sekali.

Kemudian mereka meneruskan perjalanan ke Taman Laut Tioman untuk bermandi manda. Banyak sekali insan yang ada di kawasan pantai itu bermandi manda dan menikmati kejernihan air laut dan ikan pelbagai warna.

Perjalanan seterusnya ialah pergi ke kawasan karangan laut (coral) di kawasan berhampiran. Di sini ahli rombongan terjun ke laut dengan menggunakan jaket keselamatan dan goggle. Mereka begitu asyik melihat kecantikan coral di situ, yang  sebelum itu hanya dilihat  dalam rakaman gambar, majalah atau di kaca televisyen.

PEMANDANGAN MATAHARI TERBENAM DI GENTING

PEMANDANGAN MATAHARI TERBENAM DI GENTING

Pada lewat petang, ahli rombongan berpeluang melihat matahari terbenam (sunset) yang cukup indah dan romantik. Subhanallah… Manakala pada sebelah malam, mereka menikmati makan malam dan BBQ yang sungguh enak dan menyelerakan.

Pada hari ketiga, ahli rombongan terus bermandi manda  di sekitar kawasan Genting. Di celah-celah batu, terdapat banyak anak ikan pelbagai warna yang memukau pandangan. Ahli rombongan sempat bergambar kenangan sebelum berangkat pulang pada pukul 2 petang 5 haribulan Jun 2013.

Rata-rata ahli rombongan berpuas hati dengan program percutian kali ini, yang dapat mengeratkan hubungan guru dan staf sokongan di samping menikmati pelbagai tarikan tersedia di sana. Air laut yang kebiru-biruan, melihat coral, bersnorkel  melihat hidupan laut   dan menikmati percutian keluarga bersama rakan-rakan adalah kenangan manis bagi mereka.

“Walaupun tidak semua guru dan staf dapat bersama kali ini, kesediaan ahli rombongan untuk turut serta  dan menjayakan program ini amat menggembirakan.  Tarikan yang ada di sana benar-benar memikat tumpuan,” ujar Puan Zaimah selalu penganjur program.

Sebagai catatan, guru dan staf yang turut serta bersama keluarga masing-masing ialah Encik Razak Othman, Tuan Haji Zainal Musni, Haji Mustaffa Siraj, Encik Jais Bakar, Encik Mashudi Said, Encik Amirul Syafiq, Puan Zaimah Sahar,Puan Nor Haliza Saat, Puan Nur Hidayah dan Pun Umi Umaroh.

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in KEBIRU 2013. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s