SMKPS JOHAN COOKING WITH NATURE PERINGKAT NEGERI JOHOR

Peserta Cooking With Nature SMKPS

Peserta Cooking With Nature SMKPS

Parit Sulong, 27 Ogos -SMK Penghulu Saat melakar satu lagi siri kejuaraan apabila diumumkan sebagai johan peringkat negeri Johor dalam pertandingan Cooking With Nature yang diadakan pada 20 hingga 22 Ogos baru-baru ini. Pertandingan yang berlangsung dalam Karnival Sains dan Teknlogi di SMK Taman Kota Kulai, Kulai Jaya ini membariskan peserta yang terdiri daripada Nurul Rodiah bt Mohd Hadis, Nurul Syafiqah Mochamat dan Faiqah Najihah bt Abd Rashid yang kesemuanya dari kelas 3 Aktif.
Cooking With Nature merupakan pertandingan yang mengenengahkan teknik memasak dengan menggunakan tenaga semulajadi dan pertandingan kali ini lebih menumpukan kepada teknik mendidihkan air dengan menggunakan tenaga solar. Dalam pertandingan ini peserta kita berjaya memanaskan air dengan catatan suhu 92 °C berbanding peserta dari Mersing 69°C dan Segamat 60 °C

Peserta bersama Pengetua, GPK dan guru pembimbing mereka

Peserta bersama Pengetua, GPK dan guru pembimbing mereka

Dengan pungutan markah keseluruhan berjumlah 86.3 peratus, peserta dari sekolah kita telah mengalahkan peserta dari Mersing, 75.6 peratus diikuti dengan Segamat dengan jumlah mata sebanyak 75.2 peratus. Keupayaan peserta cukup diuji apabila mereka perlu membina gajet, membina power point dalam bahasa Inggeris yang masing-masing diberi masa hanya 4 jam.

Kehebatan peserta kita tidak dapat dipertikaikan lagi apabila pembentangan yang dilakukan cukup hebat sehingga berjaya meyakinkan para hakim.
Peserta ini juga telah menjuarai pertandingan peringkat daerah Batu Pahat pada bulan Jun yang lalu seterusnya membuka ruang untuk mereka bertanding pada peringkat negeri Johor. Kini mereka melangkah ke fasa seterusnya iaitu ke peringkat kebangsaan yang dijadualkan diadakan pada September ini di Perak.

Peserta dengan Gajet Cooking With Nature

Peserta dengan Gajet Cooking With Nature

Pengetua SMK Penghulu Saat, En. Mohsin B. Ibrahim dan juga barisan guru pembimbing iaitu, Pn Hasniza Hasnan dan Pn Hjh Fatimah Sharah binti Hitam sentiasa mengharapkan kejayaan anak didiknya pada peringkat kebangsaan dan seterusnya dapat mewakili negara ke peringkat antarabangsa.

SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s