SMK PENGHULU SAAT JOHAN PERTANDINGAN PORTABLE COOKING WITH NATURE PERINGKAT KEBANGSAAN.

PESERTA SMKPS DI MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH

PESERTA SMKPS DI MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH

Oleh: Mustaffa  Siraj

Taiping, 21 SEPTEMBER – SMK Penghulu Saat mencatat sejarah baru dalam bidang kokurikulum sekolah ini apabila muncul johan pertandingan Portable  Cooking With Nature dalam Festival Sains  dan Teknologi  peringkat kebangsaan, yang berlangsung di Kelab Golf Di Raja , Taiping, Perak. Kejayaan ini amat membanggakan sekolah dan membawa kegembiraan kepada seluruh warga SMKPS.

Peserta SMKPS sedang bersedia dengan alatan Portable Cooking

Peserta SMKPS sedang bersedia dengan alatan Portable Cooking

Dalam pertandingan itu  , peserta sekolah kita, yang merupakan johan negeri Johor, diwakili oleh Faiqah Najihah Abdul Rashid, Nurul Rodiah Mohd Hadis dan Nurul Syafiqah Mochamat dengan guru pembimbing, Puan Hasniza Hasnan.  Peserta kita mencatat suhu 98 darjah Celsius, manakala tempat kedua negeri Pahang (74 darjah) dan ketiga negeri Selangor dengan catatan suhu 70 darjah.

Guru pengiring, Puan Hasniza bersama peserta SMKPS

Guru pengiring, Puan Hasniza bersama peserta SMKPS dan hadiah kemenangan

Pengetua SMKPS, Encik Mohsin Ibrahim melahirkan rasa gembira dengan kejayaan cemerlang itu, yang dicapai setelah peserta dan guru pembimbing bertungkus-lumus berlatih sejak beberapa bulan lalu. Beliau mengucapkan tahniah kepada peserta sekolah , yang telah mengharumkan nama sekolah dan negeri Johor. Menurutnya, pencapaian suhu 98 darjah adalah amat tinggi dan hampir mencapai tahap mendidih. Di peringkat negeri, mereka mencapai suhu 92 darjah.

Peserta SMKPS bersama sebahagian kontinjen Johor

Peserta SMKPS bersama sebahagian kontinjen Johor

Guru pembimbing, Puan Hasniza Hasnan pula menghargai sumbangan Encik Razak Othman, guru penolong kanan yang banyak membantu menyediakan pasukan, di samping bantuan Puan Fatimah Sharah Hitam, Puan Suziana Abdullah, Ketua Panitia Sains Matematik dan Ketua Bidang Sains, Puan Siti Jariah Ali.

Warga Blog SMKPS mengucapkan sekalung tahniah kepada pasukan Portable Cooking With Nature atas kejayaan berkenaan.

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s