MAJLIS ANUGERAH KOKURIKULUM SMKPS TAHUN 2013

ENCIK ADNAN SEDANG MEMANAH BUSUR SEBAGAI GIMIK PERASMIAN

ENCIK ADNAN SEDANG MEMANAH BUSUR SEBAGAI GIMIK PERASMIAN

Oleh: Mustaffa  Siraj

Kokurikulum merupakan satu bidang yang semakin dipentingkan dalam usaha memupuk potensi modal insan yang mampu mengisi keperluan negara. Pelajar seimbang dalam semua bidang mampu memenuhi aspirasi masyarakat dan negara.

Bagi memberi pengiktirafan dan inspirasi kepada pelajar cemerlang kokurikulum, SMK Penghulu Saat baru-baru ini menganjurkan majlis anugerah kokurikulum bertempat di dataran kejat sekolah berkenaan. Majlis dirasmikan Pegawai Kebajikan Masyarakat Batu Pahat, Encik Adnan Md Yassin.

LAGI FOTO GIMIK PERASMIAN

LAGI FOTO GIMIK PERASMIAN

Ketibaan  beliau disambut paluan kompang ahli Kelab Kompang sekolah berkenaan. Hadir sama, Pengetuanya, Encik Mohsin Ibrahim dan Pengerusi PIBG, Encik Masli Mahfol. Seramai 1,100 pelajar menyaksikan majlis yang gilang gemilang itu.

Dalam ucapannya, Adnan mengingatkan para pelajar supaya merebut peluang untuk memperkasa diri di bangku sekolah. Mereka perlu aktif dalam kegiatan di luar bilik darjah dan tidak menjadi ulat buku semata-mata.

“Pelajar perlu mempunyai sikap positif dalam menimba pellbagai ilmu dan kemahiran di sekolah. Mereka perlu memikirkan masa depan, di mana para majikan amat memerlukan pelajar yang aktif dan serba boleh serta berkeyakinan tinggi. Tenaga kerja yang efektif akan dapat memberi sumbangan bermakna kepada organisasi, masyarakat dan negara,” ujarnya.

PERSEMBAHAN KAWAD KAKI KADET POLIS

PERSEMBAHAN KAWAD KAKI KADET POLIS

Sebagai gimik majlis perasmian, Encik Adnan telah diminta menggunakan busur panah untuk memanah ke papan sasaran yang diletakkan beberapa biji belon menandakan perasmian.

Dalam acara persembahan, majlis diserikan dengan persembahan kawad kaki Platun Kadet Polis SMK Penghulu Saat, tarian zapin, pertunjukan seni silat dan bicara berirama. Kesemua mereka berjaya mendapat tepukan gemuruh para hadirin.

Persembahan Bicara Berirama oleh pelajar 1RK

Persembahan Bicara Berirama oleh pelajar 1RK

Penerima hadiah utama ialah, Tokoh Kokurikulum Lelaki, iaitu Muhammad Izaat Mohd Hashim dan Tokoh Kokurikulum Perempuan, Norhamizah Saaudi. Tokoh Guru Kokurikulum pula disandang oleh Encik Norhisham Khalid. Mereka membawa kejayaan dalam pelbagai aktiviti sukan dan permainan di pelbagai peringkat. Mereka menerima plak dan cenderamata.

Penerima anugerah khas kokurikulum ialah pasukan Portable Cooking With Nature (Dapur Solar) yang menjuarai pertandingan peringkat kebangsaan, yang berlangsung di Kelab Golf Taiping, Perak. Pesertanya ialah Faiqah Najihah Abdul Rashid, Nurul Rodiah Mohd Hadis dan Nurul Syafiqah Mochamat. Guru pembimbingnya ialah Encik Razak Othman, Puan Hasniza Hasnan dan Puan Fatimah Sharah Hitam.

Antara penerima hadiah lainnya ialah pasukan pasukan sepak takraw, pasukan bola baling lelaki dan skuasy lelaki yang menjuarai pertandingan peringkat daerah.

Pengetuanya, Encik Mohsin Ibrahim berharap para pelajar berkenaan menjadikan majlis ini sebagai pemangkin semangat mereka untuk melakar kejayaan yang lebih bermakna dalam akademik, kokurikulum dan pembinaan sahsiah terpuji.

Muhammad Izaat Mohd Hashim, 17, tokoh kokurikulum jelas gembira dengan kejayaan ini. Izaat mahu mencontohi dedikasi dan disiplin Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol Ann David yang cemerlang dalam bidang permainan.

Nurhamizah Saaudi, tokoh kokurikulum perempuan pula mahu bergiat lebih aktif sekiranya melanjutkan pelajar ke menara gading nanti. Ketua platun Kadet Polis ini bercita-cita menjadi atlet serba boleh dan tidak akan meninggalkan bidang sukan permainan yang telah sebati dalam jiwanya.

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s