SMKPS JUARA PIALA WARISAN 2013!

Encik Yassin (SMKPS) menerima piala pusingan juara daripada Pegawai Belia dan Sukan Batu Pahat

Encik Yassin (SMKPS) menerima piala pusingan juara daripada Pegawai Belia dan Sukan Batu Pahat

Oleh; Mustaffa Siraj

Parit Sulong, 10 Oktober – SMK Penghulu Saat mencipta kejayaan terbaru apabila muncul johan keseluruhan Piala Warisan edisi ke 28 yang berlangsung di MRSM Batu Pahat hari ini. Kali terakhir SMKPS muncul juara ialah pada tahun 2007 di SMK Semerah.

Dalam pertandingan yang dilangsungkan, SMKPS muncul johan dalam perlawanan   bola baling dan sepaktakraw, tempat kedua dalam bola sepak, tempat ketiga dalam sepak takraw dan tempat keempat dalam perlawanan bola jaring. Setelah enam tahun tidak mengecap kejuaraan, kejayaan kali ini memang manis dirasakan.

Piala Warisan membabitkan lima sekolah, iaitu MRSM, SMK Datuk Sulaiman, SMK Semerah, SMK Dato Onn dan SMK Penghulu Saat. Piala ini membabitkan permainan bola sepak, bola baling, bola jaring dan sepak  takraw bagi pelajar tingkatan 1 sahaja. Kejohanan ini mula diperkenalkan pada tahun 1985.

Pemain SMKPS meraikan kejayaan di dewan MRSM

Pemain SMKPS meraikan kejayaan di dewan MRSM

Hadiah pertandingan disampaikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Batu Pahat dan majlis disempurnakan  di Dewan Besar MRSM. Turut hadir, Guru Penolong Kanan MRSM, Tuan Haji Baharom dan Tuan Haji Mustafa Dahrun serta guru penolong kanan kokurikulum sekolah  yang  terbabit.

Setiausaha Sukan SMKPS, Encik Mohd Yassin  Salleh gembira dengan kejayaan manis ini, yang dicapai dengan semangat padu para pemain dan bimbingan para jurulatih.  Kejayaan ini merupakan kejayaan beliau yang pertama dalam Piala Warisan.

Dalam pertandingan bowling antara guru Piala Maresma, Encik Sahri Othman muncul johan individu manakala dalam kategori berpasukan, SMKPS mendapat tempat kedua.

Tahniah SMKPS!

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s