LAWATAN KE SONGKHLA, THAILAND

Image
Menunggang gajah di Kem Chang Songkhla

Oleh: Mustaffa  Siraj

Sawadeekap! Ungkapan itu sering dituturkan ketika seseorang membicarakan topik negara Thailand. Perkataan itu bermaksud Selamat Datang dalam Bahasa Thai. Lawatan saya ke Songkhla baru-baru ini membolehkan saya melihat sendiri negara Gajah Putih itu.

Banner Selamat Datang ke Thailand di  pintu masuk ke Danok

Banner Selamat Datang ke Thailand di pintu masuk ke Danok

Setelah melepasi sempadan Imigresen Bukit Kayu Hitam, saya dan rombongan Guru Penolong Kanan Kokurikulum Batu Pahat masuk ke kawasan sempadan Thai, iaitu pekan Danok. Pekan itu dalam wilayah Songkhla. 60% Penduduk wilayah Songkhla adalah beragama Islam

Untuk makluman, Songkhla merupakan satu daripada 76 wilayah Thailand. Yang bersempadan dengan Bukit Kayu Hitam ialah  wilayah Songkhla. Yang bersempadan dengan daerah Gerik di Perak ialah Betong manakala yang bersempadan dengan Rantau Panjang dan Tumpat di Kelantan ialah wilayah Narathiwat serta Yala

Di Pasar Terapung Songkla

Di Pasar Terapung Songkla

Dari Pekan Danok, kami dibawa ke bandar Haatyai, sejam perjalanan. Haatyai pekan yang besar. Banyak hotel mewah ada di sini. Jalannya   agak sempit , dipenuhi kenderaan, khasnya Tut-tut, van pengangkutan awam. Pemandunya cermat dan kurang membunyikan hon, sama seperti di Indonesia.

Dalam daerah Songkhla, terdapat pelbagai tarikan. Kami pergi ke Pusat Ternakan Gajah, dipanggil Chang Puak Camp. Di situ kami dibawa menungang gajah sejauh 500 meter. Terdapat sepuluh ekor gajah digunakan untuk mengangkut pelancong. Yang menarik, gajah itu faham arahan tuannya. Contohnya jika disuruh duduk, bangun, berjalan atau makan. Memang menyeronokkan.

Sebahagian ahli rombongan di hadapan Kem Chang

Sebahagian ahli rombongan di hadapan Kem Chang

Kami juga dibawa ke Nora Plaza, pusat jualan barangan produk Thailand. Antaranya dijual beg tangan, tali pinggang, beg duit, kasut, sandal dan pakaian. Harganya memang murah. Ada rakan saya membeli tali pinggang kulit buaya dan kulit ikan pari.

Satu lagi tempat menarik ialah pasar terapung, yang terletak di utara bandar Songkhla. Pelbagai produk makanan dijual dari atas perahu. Kami hanya perlu memberitahu makanan yang dikehendaki, dan mereka akan menghulurkan dengan kayu. Antara makanan yang dijual ialah jagung bakar. Makanan laut bergoreng, mi sup, mi tom yam dan karipap panas. Kebanyakan peniaga adalah beragama Islam.

Menikmati makan tengah hari di restoran halal

Menikmati makan tengah hari di restoran halal

Terdapat banyak sekolah yang besar di sana. Misalnya Sekolah Katolik Haatyai dan Sekolah Confucius Haatyai, yang masing-masing mempunyai 4,000 pelajar. Sekolah swasta ini menampung pelajar cemerlang dan bayarannya adalah tinggi, iaitu RM2,500 satu semester. Mereka diajar aspek akademik, kemahiran dan kebolehan (ability).

Kami juga pergi ke Bukit Yang Kuan, destinasi berdekatan pantai Songkhla. Di situ kami dibawa menaiki lif ke puncak bukit setinggi-tinggi lebih kurang 500 meter. Dari puncak bukit, boleh dilihat panorama kawasan pantai dan pusat bandar Songkhla yang indah.

Bergaya memandu kereta bungee

Bergaya memandu kereta bungee

Kami juga mengunjungi pusat jualan produk berasaskan madu lebah berdekatan Haatyai. Produk yang disahkan halal itu telah diubah suai menjadi bentuk beku dan bijirin selain dalam bentuk cecair. Berdasarkan taklimat yang diberi, terdapat pelbagai khasiat produk madu lebah itu, sama ada untuk tenaga, kecantikan dan kesihatan. Kami juga mengunjungi pusat jualan kacang gajus.

Bagi pengunjung Islam, tidak ada masalah untuk mendapat makanan halal, kerana banyak premis makanan halal di sana. Contohnya Restoran Hamid dan Salma di pusat bandar Haatyai. Terdapat juga banyak gerai makanan halal di samping pasar malam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Saya ada mencuba makanan nasi lemak ayam berempah di gerai pasar malam. Memang enak.

Di atas bukit Pay Kuan

Di atas bukit Pay Kuan

GPK Kokurikulum BP bergambar kenangan sebelum meninggalkan Hatyai

GPK Kokurikulum BP bergambar kenangan sebelum meninggalkan Hatyai

Walaupun penduduk Islam ada lebih 60% di wilayah Songkhla dan masjid agak banyak kelihatan, namun tidak kedengaran azan seperti mana di negara kita. Hal ini kerana suara azan tidak dikuatkan dengan pembesar suara yang kuat, tetapi memadai di perkarangan masjid sahaja dapat didengar.

Oleh sebab Buddha agama rasmi di sana, tidak hairanlah banyak patung Buddha yang besar tersergam di sana. Ketika saya di sana, ada perayaan agama Buddha dijalankan dan terdapat perarakan kereta berhias berkaitan perayaan itu.

Pada setiap malam Sabtu, Ahad dan Isnin, diadakan pasar malam di beberapa jalan utama di Hat yai. Pelbagai produk Thailand diniagakan dan pembeli boleh menawar harga yang dinyatakan. Keadaan sungguh meriah. Kelihatan begitu ramai pelancongdari Malaysia pada hujung minggu. Mereka datang secara berkumpulan dan berkeluarga.

Pemandangan bandar Hat Yai

Pemandangan bandar Hat Yai

Apa yang saya perhatikan, keadaan di sana sungguh aman dan damai. Tidak berlaku tembak-menembak atau kemalangan jalan raya. Menurut pemandu pelancong kami, kejadian tembak-menembak lebih banyak berlaku di kawasan Golok, atau di Wilayah Narathiwat dan Yala, yang bersempadan dengan negeri Kelantan. Di Songkhla boleh dikira jarang sangat berlaku. Seperkara lagi, aspek kebersihan begitu dititikberatkan. Ketara rakyat di sana tidak suka membuang sampah merata-rata. Hal ini jelas dilihat di sekitar pasar terapung. Bersih sepanjang masa!

Kedudukan Bahasa Thai juga begitu didaulatkan. Papan tanda menggunakan bahasa Thai ada di mana-mana. Kedudukan bahasa lain, khasnya Bahasa Inggeris jelas di tempat kedua. Tiada ruang untuk bahasa lain.

Di Lobi Hotel Grand Plaza

Di Lobi Hotel Grand Plaza

Apapun, kunjungan saya ke sana membuka mata dan minda saya tentang beberapa perkara. Banyak tarikan menarik di sana dan Hat Yai bukanlah bandar yang kotor sekotor-kotornya!

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s