LAWATAN PELAJAR KE MELAKA

Foto kenangan di Jabatan Penyiaran Melaka

Foto kenangan di Jabatan Penyiaran Melaka

Melaka, 25 Oktober- Satu lawatan ke Melaka telah diadakan oleh pelajar Tingkatan 5 Anugerah  SMKPS di bawah kelolaan Tuan Haji Ramlan Pit. Lawatan sehari itu disertai oleh 34 pelajar kelas berkenaan. Turut serta, Tuan Haji Mustaffa Siraj.

Sepanjang di Melaka, mereka telah melawat Jabatan Penyiaran Melaka,  River Cruise Melaka, Planetarium Melaka, Zoo Melaka dan berakhir di Menara Taming Sari di Bandar hilir.

Encik Azahari dan juruhebah bertugas memberi penerangan di Bilik Konti RTM Melaka

Encik Azahari dan juruhebah bertugas memberi penerangan di Bilik Konti RTM Melaka

Di Jabatan Penyiaran Melaka, taklimat diberikan Oleh Encik Azahari Md Yatim, Pegawai Penyiaran , tentang sejarah RTM Melaka, tugas juruhebah dan peluang kerjaya. Pelajar berpeluang masuk ke Bilik Konti untuk melihat sendiri tugas seorang juruhebah.

Di Zoo, pelajar berpeluang menyaksikan pertunjukan burung yang unik. Burung seperti bangau, kenyalang, helang dan kakak tua telah diberi pelbagai tugasan dan berjaya disempurnakan. DI Menara Taming Sari, pelajar berpeluang menyaksikan panorama waktu malam yang menarik di sekitar Bandar Hilir itu

River Cruise Melaka

River Cruise Melaka

Pelajar begitu seronok dapat mengunjungi pelbagai tempat menarik yang tidak pernah mereka kunjungi. Mereka juga mendapat pelbagai pengetahuan dan pengalaman baru yang amat berguna. Mereka berasa tidak puas dan ingin ke sana lagi pada masa depan.

-smkps

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s