KITA MENANG LAGI…

Oleh: Umi Kalsum Idham

Melaka, 30 Oktober .  SMK Penghulu Saat sekali lagi dinobatkan sebagai sekolah terunggul apabila  kontinjen Kadet Polis telah menjulang kejayaan dalam pertandingan menembak yang diadakan di Lapang Sasar PDRM IPK Melaka. Pasukan ini diiringi oleh guru pengiring Inspektor Kehormat Hatta Munse bin Mohsin dan Inspektor Kehormat Sahri bin Othman yang turut sama diberi peluang menembak dalam 3 posisi dan menghabiskan 30 butir peluru.

kp

Kontinjen yang berjaya meraih kejayaan

 

 

‘Saiz badan bukan faktor kejayaan tetapi fokus’  itulah kata-kata semangat yang sesuai buat peserta kadet polis SMK Penghulu Saat yang menyertai pertandingan menembak anjuran IPD daerah Batu Pahat ini.  Nurul Sakina binti July telah dinobatkan sebagai Johan kategori Perempuan . Gadis bertubuh kecil ini ketika ditemui meluahkan rasa  gembira dengan kejayaan yang dirangkulnya dan merupakan kenangan yang terindah dalam hidupnya sebelum meninggalkan SMK Penghulu Saat .

sakina 2

‘Kecil-kecil cili Padi’ . Nurul Sakina Juara miliknya.

 

Selain kejayaan dalam kategori individu, pasukan Kadet Polis SMK Penghulu Saat juga merangkul tempat  ke-2 dalam kategori berpasukan. Pasukan ini disertai oleh Nurul Sakina bt July, Nur Hasmiera bt Nordin, Nurin Nazila bt Sahlan , dan Nor Habibah bt Nor Hashim. Empat gadis manis yang mempunyai semangat yang tinggi ini sangat gembira meskipun hanya mampu menduduki tempat kedua. Mereka berpendapat pengalaman memegang M-16 merupakan satu pengalaman yang amat berharga.”Pengalaman tidak boleh dibeli dimana-mana” menurut mereka.

kp menembak

Wirawati SMK Penghulu Saat

“Kita menang lagi” itulah ayat yang terpacul dari bibir   Ketua guru penasihat Kadet Polis  Inspektor Kehormat , Hatta Munse bin Mohsin ketika pasukan Kadet diumumkan sebagai Johan Individu dan Naib Johan Kumpulan. Menurutnya lagi “Bukan mudah memegang, mengacu dan memikul M-16 dalam 3 posisi, duduk, tiarap dan berdiri , dan kemudian menembak ke sasaran dari jarak 100 meter, malahan ada antaranya yang tersasar tembakan ke board orang lain”  Tentunya kejayaan ini merupakan satu penyuntik semangat buat ahli-ahli kontinjen kadet polis yang lain , Diharap 2014 kami mampu melakar lagi kejayaan. Begitulah harapan seluruh ahli kontinjen Kadet Polis SMK penghulu Saat

team kp

” Kita Menang Lagi”

 

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s