3 IMAM DAN IMAMAH SMKPS TERIMA ANUGERAH IMAM REMAJA TERBAIK DAERAH

Oleh: Umi Kalsum Idham

Batu Pahat, 9 November 2013. SMK Penghulu Saat sekali lagi melakar kecemerlangan apabila 7 peserta Imam dan Imamah remaja telah menerima anugerah pada Majlis Anugerah Imam Remaja Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Negeri Johor . Majlis yang berlangsung di Dewan Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Seri Gading itu adalah anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Johor bersama Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Imam dan Imamah Remaja Terbaik daerah Batu Pahat

Program ini bermatlamatkan melahirkan seberapa ramai pelajar yang berketrampilan dalam bidang agama dan menghayati amalan-amalan agama dalam kehidupan seharian. Paling menggembirakan lagi ialah apabila empat peserta dari SMK Penghulu Saat telah dianugerahkan pangkat Mumtaz dan tiga daripadanya telah dinobat sebagai Imam dan Imamah Remaja Terbaik Daerah Batu Pahat daripada 10 orang Iman dan Imamah Remaja yang terpilih.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Anugerah Mumtaz Terbaik daerah Batu Pahat

Tiga penerima anugerah Imam dan Imamah Remaja Terbaik ialah Ahmad Khalis bin Yahya , Athirah binti Mohd Azman dan Zulaikha bt Mohd Tahir. Seorang lagi penerima pangkat Mumtaz ialah Nurul Yassha binti Mohd Yassin.  Meskipun begitu tiga lagi rakan mereka Muhammad Ali bin Imran, Mohd Zahed bin Omar dan Siti Farhana bt Mohd Othman  tidak menghampakan sekolah apabila turut dianugerahkan pangkat Jayiid Jiddan.

 OLYMPUS DIGITAL CAMERA     OLYMPUS DIGITAL CAMERA

 Penerima Pangkat Jayyid Jiddan

Tanpa tulang belakang yang banyak membantu, melatih dan menyokong kejayaan belum pasti dirasai. Kejayaan mereka turut sama dirasai oleh lima guru pembimbing yang turut  sama menerima pangkat Mumtaz iaitu Ustaz Mohd Khairuddin bin Abdullah, Ustazah Afzilah bt Ariffin, dan Ustazah NorAzniza bt Rosman. Manakala Ustazah Siti Noor bt Ibrahim  dan Ustazah Erny Irwanti pula telah menerima pangkat Jayyid Jiddan.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Tulang belakang yang tak pernah jemu membimbing Imam dan Imamah Remaja SMK Penghulu Saat

Ketua Panitia Pendidikan Islam, Ustazah Siti Noor binti Ibrahim ketika ditemui melahirkan rasa kesyukuran atas kejayaan yang dicapai oleh remaja-remaja ini. Beliau berharap kejayaan ini akan menarik minat lebih ramai lagi remaja SMK Penghulu Saat berminat untuk menyertai Program Imam Remaja ini pada tahun hadapan. Beliau juga berharap semua peserta Imam dan Imamah Remaja akan terus mempraktikkan setiap yang dipelajari dalam amalan seharian mereka untuk kecemerlangan di dunia mahupun di akhirat kelak.

Imam dan Imamah Remaja Terbaik telah menerima sijil penghargaan, senaskah Al-Quran, Plak iringan dan wang tunai bernilai Rm 200. Majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Johor, Tuan Haji  Md. Hasidin bin Haji Zaini.

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH, KEJAYAAN SMKPS. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s