237 PELAJAR SMKPS MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM

Image
                                             Wakil pelajar sedang membaca ikrar pelajar

Oleh:  Mustaffa  Siraj

PARIT SULONG, 13 November – Seramai 237 orang pelajar SMKPS sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) , yang akan berakhir pada pertengahan bulan Disember nanti.

   Setelah melalui tempoh pemelajaran di Tingkatan 4 dan 5 serta dibekalkan dengan ilmu di bilik darjah, di kelas tambahan, program motivasi, ceramah keibubapaan dan sesi khas dengan pengetua, kini para pelajar sedang bertungkus lumus menjawab kertas soalan peperiksaan.

   Pada minggu lalu, diadakan  majlis Restu Ilmu bertujuan untuk memberi semangat akhir kepada pelajar dan silmbolik mereka secara rasmi `tamat’ pemelajaran di bilik darjah. Majlis itu juga bertujuan untuk guru-guru memberi restu kepada para pelajar sebelum menduduki peperiksaan sambil bermaaf-maafan dengan para guru.

Image

                                                       Sebahagian pelajar sedang membaca ikrar
  Di majlis berkenaan, wakil pelajar telah membaca ikrar untuk melakukan yang terbaik dalam peperiksaan itu. Mohd Faiz Roslee, wakil pelajar , telah dipakaikan jubah khas ala konvokesyen sebagai gimik para pelajar telah tamat pemelajaran di Tingkatan 5. Pelajar-pelajar juga  telah menuliskan kata-kata akhir mereka pada sekeping kertas sebagai usaha memotivasikan diri sendiri serta menzahirkan apa yang terbuku di minda mereka.

 Encik Razak Othman, Penolong Kanan 1 yang berucap mewakili Pengetua, membakar semangat para pelajar supaya menghasilkan yang terbaik di gelanggang peperiksaan dan tidak mengecewakan harapan para guru, ibu bapa dan diri mereka sendiri.

  Majlis berakhir dengan para pelajar bersalam dan memohon restu daripada para guru. Semoga kejayaan menjadi milik mereka!

-smkps

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s