JAMUAN AKHIR TAHUN KEBIRU SMKPS BERLANGSUNG MERIAH

Image
Puan Rosliza menerima hadiah utama sebuah pencetak daripada Pengetua SMKPS                 

Oleh: Mustaffa Siraj
Parit Sulong, 15 November -Majlis jamuan akhir tahun Kelab Guru SMK Penghulu Saat berlangsung penuh warna warni dan meriah baru-baru ini. Turut hadir, Pengetua SMKPS, Encik Mohsin Ibrahim, Pengerusi PIBG, Encik Misli Mahpol dan Pegawai Perhubungan Polis SMKPS, Rosman Khamsatun. Tema majlis ialah Kostum Padang Pasir

Image

Barisan  guru lelaki berpakaian ala-Arab

Diacarakan oleh Haji Ramlan Pit dan Puan Mazni Othman, majlis bermula dengan perarakan guru-guru lelaki yang berpakaian ala-Arab. Majlis diteruskan dengan ucapan Pengerusi Kelab Bilik Guru, Puan Zaimah Sahar. Beliau antara lain menyeru para guru guru dan kakitangan terus memberi sokongan kepada aktiviti-aktiviti Kelab Bilik Guru yang diadakan dari semasa ke semasa.

Pentadbir dan tetamu jemputan sedang menikmati jamuan

Pentadbir dan tetamu jemputan sedang menikmati jamuan

Ucapan Pengetua SMKPS, Encik Mohsin Ibrahim menyentuh tentang tiadanya sikap berpuak-puak dalam kalangan guru. Walau bagaimanapun, ada segelintir yang mengambil sikap yang menyendiri, dan perkara ini perlu dielakkan.

Puan Fariza, Puan Norazah dan Encik Azmi menikmati jamuan

Puan Fariza, Puan Norazah dan Encik Azmi menikmati jamuan

“Sepanjang tahun 2013, banyak kejayaan dicapai oleh sekolah dan pastinya dengan komitmen tinggi para guru. Sekarang, para pelajar kita begitu yakin dalam pelbagai aktiviti diadakan, hingga menjangkau ke peringkat kebangsaan. Pada masa yang sama, staf sokongan dan pekerja swasta juga turut sama memberi sumbangan bermakna demi keberkesanan program sekolah,” ujarnya lagi.

Image
Sebahagian guru perempuan di majlis berkenaan

Menu jamuan makan malam itu ialah jamuan nasi tawar berlaukkan daging kambing panggang, ayam panggang, sotong goreng bertepung, udang sweet sour dan sayur campur.

Sebagai pengisian masa, nyanyian karaoke diadakan, dengan sumbangan suara yang merdu oleh Cikgu Hatta Munse (Lemon Tree) dan Encik Jamal dengan lagu kumpulan SLAM, Kembali Terjalin, nyanyian Encik Rosman Khamsatun dengan sebuah lagu dangdut dan lagu Apek dan Marjina oleh Encik Azam dan Puan Umi Kalsom Idham

Image
Persembahan lagu Apek dan Marjina oleh Encik Azam dan Puan Umi Kalsum

Cabutan bertuah diadakan dan semua ahli Kebiru mendapat hadiah mereka, manakala hadiah utama dimenangi oleh Puan Rosliza Jaafar, yang mendapat sebuah alat pencetak. Acara meneka kata juga diadakan bagi menguji minda para hadirin.

Image
Pengacara majlis, Haji Ramlan dan Puan Mazni yang menggamatkan suasana

Kemuncak majlis ialah apabila Puan Zaimah mengumumkan nama Pengerusi Kebiru 2014, iaitu Puan Seri Banun Yusof dan Timbalannya Encik Mohd Yasin Salleh. Majlis yang diacarakan oleh Haji Ramlan dan Puan Mazni itu berakhir pada jam 11 malam.

 

Puan Zaimah Sahar bersama penggerak majlis yang lain

Puan Zaimah Sahar bersama penggerak majlis yang lain

 

Terima kasih kepada AJK Kebiru 2013 yang bertungkus lumus menggerakkan pelbagai aktiviti, antaranya lawatan ke Pulau Langkawi, Hari Keluarga di Pulau Tioman, pertandingan pentanque, pertandingan bowling dan jamuan Hari Raya Aidilfitri.

-smkps

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s