SESI PERSEKOLAHAN 2014 DIBUKA

Image
                                            Guru-guru lelaki sedang membaca  Surah Yasin

Oleh: Mustaffa  Siraj

Parit Sulong, 9 Januari – Sesi persekolahan 2014 dibuka semula pada 1 Januari lalu. Pelbagai aktiviti telah dijalankan. Bermula dengan mesyuarat guru, diikuti pendaftaran pelajar Tingkatan 1, minggu orientasi Tingkatan 1 dan  4 telah dijalankan. Majlis bacaan yasin juga dijalankan sebagai pengisian program kerohanian pada hari Khamis.

Image
                                                    Mesyuarat badan beruniform Kadet Bomba

   Pada minggu kedua, telah dilangsungkan mesyuarat  rumah sukan  kelab, persatuan dan badan berunform. Majlis yang bermula pukul 1.55 petang itu berjalan di pelbagai lokasi di sekitar sekolah. Ketua guru penasihat setiap rumah sukan, kelab dan persatuan mempengerusikan mesyuarat untuk memilih kepemimpinan baru 2014.

 Image

                  Ahli KRS sedang melaungkan kata semangat  di akhir mesyuarat mereka

  Minggu seterusnya akan bermula latihan rumah sukan dan perjumpaan kelab permainan. Latihan rumah sukan pada setiap Isnin dan Selasa manakala perjumpaan kokurikulum pada setiap Rabu. 

Image

                            Encik Hatta sedang mempengerusikan mesyuarat Kadet Polis

  Di bidang kurikulum, kelas tambahan bagi Tingkatan 3 dan 5 dimulakan lebih awal dan guru mata pelajaran menetapkan sendiri  aktiviti kelas tambahan itu, iaitu pada hari Ahad dan Khamis. 

Image

                 Cikgu Khamsuldin sedang menguruskan pemilihan Kelab Badminton

  Apapun, aktiviti kurikulum dan kokurikulum berjalan seperti biasa. Pengisian bermakna boleh membawa kebaikan kepada pelajar dalam proses melengkapkan mereka menjadi modal insan yang memenuhi aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

-SMKPS

  

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s