SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SMK PENGHULU SAAT 2014

Oleh : Mohd Khamsuldin B. Abdul Wahab

Image

Parit Sulong, 23 Januari – Sambutan Maulidur Rasul masih lagi meriah disambut di seluruh negara. Tidak ketinggalan SMK Penghulu Saat, Parit Sulong Batu Pahat Johor turut mengadakan majlis memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW di perkarangan sekolah berkenaan baru-baru ini. Tema sambutan pada tahun ini ialah “Wasatiyyan Tonggak Kesatuan Ummah” sememangnya kena dengan program dan atur cara yang telah dirancang oleh SMK Penghulu Saat.

Image

Srikandi SMK Penghulu Saat turut sama memeriahkan majlis.

Hadir sama, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG), Encik Masli B. Mahpol dan disertai 71 guru dan 1,160 orang pelajar. Cuaca yang cerah dan dingin menambahkan lagi seri majlis berkenaan.

Image

Persembahan nasyid yang sarat dengan pengajaran dan teladan.

Tentatif program dimulakan seawal jam 7.20 pagi oleh Mohd Syafiq Kamal yang mendeklamasikan sajak yang bertajuk Insan Mulia, seterusnya persembahan Nasyid oleh kelas 3 Aktif, persembahan Imamah Remaja, lakonan bertema Sirah Rasulullah oleh pelajar 5 Aman  dan diakhiri bacaan selawat beramai-ramai. Majlis tamat pada jam 8.30 pagi dan pelajar diminta masuk ke kelas untuk sesi PdP sehingga jam 11.00 pagi. Seterusnya program bersambung untuk slot ceramah.

Image

Guru, Staff dan AJK PIBG bekerjasama memotong daging lembu

Pengetua sekolah berkenaan, En. Mohsin B. Ibrahim dalam ucapannya menyeru agar warga SMKPS supaya meneladani dan mencontohi akhlak dan kemurnian budi pekerti Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW.

Image

Chef Masakan, Tuan Hj. Ramlan B. Pit sedang memantau anak buah memulakan masakan.

 Penceramah jemputan, Ustaz Mohd Sahli B. Mohd Said, tokoh akademik tempatan memperincikan sirah Nabi yang sarat dengan pengajaran, peristiwa dan pengorbanan. Menurutnya, 23 tahun Baginda SAW menyampaikan risalah, Baginda tidak sunyi menghadapi cabaran ketika menyebarkan agama Islam.

Image

Guru-guru perempuan juga tidak ketinggalan untuk menyediakan bahan-bahan untuk masakan.

Contohnya, seksaan terhadap penganut Islam, pemulauan Bani Hashim, lemparan kata-kata kesat, dibaling najis, bangkai serta cubaan membunuh Baginda SAW serta cabaran semasa berhijrah dari Makkah ke Madinah. Kemuncak cabaran yang dihadapi oleh Baginda SAW ialah menubuhkan sebuah negara Islam yang berlandaskan Piagam Madinah.

Image

Guru-guru bersedia menghidangkan lauk pauk kepada tetamu

Mohd Sahli meminta para pelajar merebut peluang semasa di bangku sekolah untuk melengkapkan diri dengan ilmu, kemahiran dan pengalaman ke arah menjadi insan berguna, dengan menjadikan Rasulullah sebagai panduan menempuh pelbagai cabaran mendatang.

Image

Pelajar sedang khusyuk menjamu selera nasi briyani

Penyelaras program iaitu Pn. Siti Noor Bt. Ibrahim berkata, beliau amat berpuas hati dengan perjalanan program pada tahun ini. Penglibatan pelajar dalam aktiviti kerohanian dan keagamaan sangat menggalakkan. Dalam masa yang sama dapat mengeratkan hubungan antara guru, ibu bapa, staf dan pelajar SMK Penghulu Saat. Beliau berharap sambutan ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.

Image

Menu yang sungguh menyelerakan

Majlis bersurai pada jam 1.00 petang. Sebelum itu pelajar dan guru dijamu dengan nasi briyani yang dimasak oleh guru-guru SMK Penghulu Saat sendiri yang diketuai oleh Tuan Hj. Ramlan B. Pit. Seekor lembu ditumbangkan bagi memeriahkan lagi sambutan Maulidur rasul pada tahun ini. Semoga program kerohanian dan keagamaan seperti ini akan dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s