KURSUS PENGERUSI DAN SETIAUSAHA KELAB DAN PERSATUAN

pemimpin persatuan sedang tekun mendengar penerangan

pemimpin persatuan sedang tekun mendengar penerangan

PARIT SULONG, 30 JANUARI,- Seramai 86 orang pengerusi dan setiausaha kelab dan persatuan SMK Penghulu Saat menghadiri kursus kokurikulum bertempat di Bilik Panorama SMKPS hari ini. Program dirasmikan oleh Encik Razak Othman, Guru Penolong Kanan SMKPS.

En Razak Othman sedang menyampaikan ucapan

En Razak Othman sedang menyampaikan ucapan

Kursus pendek itu bertujuan memberi panduan kepada pemimpin kelab dan persatuan sekolah dalam menjalankan tugas. Di samping itu mereka diberi motivasi untuk aktif dalam bidang kokurikulum.

En Razak Othman sedang menyampaikan ucapan

En Razak Othman sedang menyampaikan ucapan

Dalam ucapan perasmiannya, Encik Razak menyeru para pelajar supaya menimba pengalaman sebaik-baik semasa di bangku sekolah, untuk melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran sejajar dengan status mereka sebagai pemimpin pelajar.

Puan Hasniza sedang memberi taklimat

Puan Hasniza sedang memberi taklimat

Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Haji Mustaffa Siraj pula dalam ucapannya menekankan para pelajar supaya menjadi pemimpin pelajar yang berketerampilan. Mereka perlu aktif dalam kokurikulum, mempunyai sifat tanggungjawab dan berani memikul cabaran.. Pelajar juga diberi penerangan tentang tugas seorang pengerusi dan setiausaha kelab dan persatuan.

Pelajar sedang tekun menyiapkan tugasan

Pelajar sedang tekun menyiapkan tugasan

Setiausaha Kokurikulum, Puan Hasniza Hasnan telah memberi penerangan tentang pengiraan markah kokurikulum dan panduan melengkapkan buku laporan. Pelajar kemudian diberi tugasan menyiapkan logo kelab dan persatuan mereka di samping membuat logo.

Peserta dan guru terbabit bergambar kenangan di akhir kursus

Peserta dan guru terbabit bergambar kenangan di akhir kursus

Hadir sama untuk menjadi fasilitator ialah penolong setiausaha, Puan Nora Zaini, Penyelaras badan beruniform, Norhisham Khalid, Puan Rosliza Jaafar, bendahari, Puan Fariza Azman dan Encik Yasin Salleh, setiausaha sukan.

Kursus separuh hari yang bermula pukul 8 pagi itu berakhir jam 12 tengah hari.

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s