ENCIK MOHSIN MENJAWAT JAWATAN SIP+ DAN BERTUGAS DI PPD BATU PAHAT

Encik Mohsin menerima cenderamata daripada Pengerusi PIBG

Encik Mohsin menerima cenderamata daripada Pengerusi PIBG

Oleh: Mustaffa Siraj

Setelah menjawat jawatan pengetua SMKPS selama dua setengah tahun, pengetua SMK Penghulu Saat, Encik Mohsin Ibrahim bertukar ke Pejabat Pendidikan daerah Batu Pahat

Sebagai Pegawai SIP+, yang berurusan membantu pengetua dan guru besar sejajar dengan Pelan Perancangan Pembangunan Malaysia 2013-2025.

Beliau diraikan oleh staf SMK Penghulu Saat dalam satu majlis perpisahan bertempat di Bilik MBMMBI sekolah berkenaan. Hadir sama, Encik Masli Mahpol, Pengerusi PIBG dan Pegawai Perhubungan Polis SMKPS, Inspektor Muhammad Ain Fikri Ngassri.

Encik Mohsin menyampaikan ucapan

Encik Mohsin menyampaikan ucapan

Encik Mohsin mula bergelar pendidik pada tahun 1985 dan berkhidmat di SMK Datuk Sulaiman diikuti ke SM Sains Johor, Kluang. Kemudian beliau bertukar ke SMK Datuk Menteri dan memegang jawatan Guru Penolong Kanan. Seterusnya beliau ke SMK Tunku Putera dan seterusnya dinaikkkan pangkat sebagai Penlong Pegawai Pendidikan daerah Batu Pahat.

Beliau mula berkhidmat di SMK Penghulu Saat pada 11 Ogos 2011. Banyak yang beliau usahakan untuk sekolah.. Di bidang prasarana, beliau melengkapkan bilik panorama, Bilik MBMMBI, Bilik Crome 1 dan 2, Kiosk Internet dan Kiosk Minuman

Encik Yasin sedang memakaikan seutas jam tangan hadiah Kebiru kepada Encik Mohsin

Encik Yasin sedang memakaikan seutas jam tangan hadiah Kebiru kepada Encik Mohsin

Dialog dengan ibu bapa beliau usahakan, selain kerap bersemuka dengan pelajar bagi memberi motivasi dan memperkasa bidang akademik. Penggunaan power point yang pelbagai dan menarik , memberi inspirasi dan semangat kepada guru dan pelajar.

Dalam ucapannya tadi, beliau melahirkan rasa gembira dapat berkhidmat di SMKPS, yang mempunyai staf yang berkebolehan tinggi. Tugasnya di PPD ialah berusaha meningkatkan band sekolah-sekolah di bawah kawalannya. Kawasan yang akan diselia ialah di zon Parit Sulong.

Encik Mohsin bersama barisan pentadbir dan lainnya

Encik Mohsin bersama barisan pentadbir dan lainnya

Beliau menyerus guru-guru SMKPS supaya berusaha menguasai ilmu, terus belajar, berfikir, membaca dan berani mencuba yang baru. Di samping itu, mereka perlu ada keaslian dalam menghasilkan mutu kerja.

Encik Razak Othman pula melahirkan rasa terhutang budi kerana banyak yang dapat dipelajarinya sepanjang berkhidmat di bawah Encik Mohsin. Fokus kepada MMI, Speed dan KBAT adalah antara yang ditekankan Encik Mohsin. Encik Razak turut membacakan gurindam yang ditujukan kepada Encik Mohsin.

Encik Mohsin diraikan dengan jamuan makan bertempat di dewan SMKPS. Semoga beliau akan lebih berjaya dalam melaksanakan tugas sebagai SIP+.

SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s