KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD BP – SMKPS MENYINAR

Image
Sebahagian daripada guru kontinjen SMKPS
Oleh: Mustaffa Siraj

Parit Raja, 14 Mac – SMK Penghulu Saat menyinar dalam kejohanan Padang dan Balapan MSSD Batu Pahat tahun 2014 , yang berlangsung dari 10-13 Mac di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia di sini.

Peserta jalan Kaki 3.000 meter SMKPS

Peserta jalan Kaki 3.000 meter SMKPS

Pencapaian kontinjen SMKPS ialah 3 pingat emas, 6 perak dan 3 gangsa, dengan mengumpul 106 mata dan berada pada kedudukan nombor 7. Pencapaian ini lebih baik berbanding tahun lalu, iaitu 2 emas 6 perak dan 5 gangsa dengan mengumpul 91 mata dan juga mendapat kedudukan yang ke 7.

Image

Aksi atlet SMKPS dalam acara lompat pagar

Emas SMKPS diperoleh  Zuhairee Zamri ( 200 meter), Mohd Idris (Dekathlon) dan Nurul Ain Nabihah Munap (Heptathlon). SMKPS hampir mendapat emas ke empat, di mana Suraya Jumali hanya tewas 0.03 saat kepada peserta SMK Syed Esa dalam acara 400 meter..

Encik Yasin Salleh selaku ketua jurulatih berpuas hati dengan pencapaian kali ini, yang dicapai hasil latihan pesat di bawah panel jurulatih yang berdedikasi. Kecederaan Zuhairee menjejaskan peluang untuk mendapat pingat tambahan, katanya.

Image
Atlet emas SMKPS

SMKPS juga memikul tugas khas  , iaitu menguruskan AJK Seranta. Dengan diketuai Puan Umi Kalsum Idham dan dibantu tujuh AJK Lain, AJK Seranta berjaya menghasilkan 8 buah buletin MSSD di sepanjang kejohanan dan mendapat sambutan baik daripada pegawai dan atlet sepanjang kejohanan.

Image
AJK Seranta  MSSD BP

Kejohanan  empat hari itu ditutup rasmi oleh Encik Kuswandi Taiyen, Penolong Pegawai Pendidikan daerah Batu Pahat. SMK Seri Gading muncul johan keseluruhan dengan mengumpul 30 pingat emas. Anugerah khas kejohanan diberikan kepada Tuan Haji Shukor Saim, Pengerusi Teknik MSSD BP, yang akan bersara pada awal tahun 2015.

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s