PROGRAM MOTIVASI SPEKKTRA DIADAKAN DI SMKPS

Image

Dr Faiz Khalid sedang menandatangani buku pelawat

Oleh: Mustaffa  Siraj

 Parit Sulong, 18 Mac – Program Pendidikan,Penjelajahan Kesejahteraan Keluarga Untuk Rakyat (SPEKKTRA) anjuran Yayasan Nurul Yaqeen dan SMK Penghulu Saat, Parit Sulong berlangsung sehari di sekolah berkenaan baru-baru ini. Program dirasmikan YB Dato` Zulkurnain Kamisan, Exco Belia dan Sukan Negeri Johor dihadiri 500 ibu bapa dan pelajar sekolah berkenaan.

Dalam ucapannya, Dato` Zulkurnain menyeru para pelajar supaya mengamalkan disiplin semasa di jalan raya dan berusaha menjadi pelajar yang cemerlang dalam aspek kurikulum, kokurikulum dan pembinaan sahsiah.

Image

                           YB Dato` Zulkurnain menyampaikan ucapan perasmian

Pelbagai pengisian diadakan. Di sebelah pagi diadakan senamrobik di padang sekolah, diikuti  demonstrasi Jabatan Pertahanan Awam Batu Pahat, yang menjurus aktiviti pertolongan cemas.

Acara senamrobik di padang sekolah

Acara senamrobik di padang sekolah

Seterusnya Angkasawan Kedua negara, Mejar Dr Faiz Khaleed telah menyampaikan ceramah, berkisar pengalamannya sebagai angkasawan dan tips untuk menjadi pelajar cemerlang.Sasaran pelajar ialah pelajar Tingkatan 3 dan 5 yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM.

Dr Faiz bersama guru dan pelajar

Dr Faiz bersama guru dan pelajar

Lagi foto bersama Dr Faiz

Lagi foto bersama Dr Faiz

Pada sebelah petang, ceramah oleh juara program Mimbar Pencetus Ummah, Ustaz Muhammad Hafiz Muhammad Haneefa diadakan. Beliau mengupas persoalan ciri-ciri insan cemerlang, iaitu mencapai kecemerlangan diri, keluarga , organisasi dan agama.

Dr Faiz bersama AJK Program

Dr Faiz bersama AJK Program

Banyak sudah penerangan diberi untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup di dunia dan akhirat , tetapi mengapa masih ada yang terjebak dengan gejala sosial seperti buang bayi, merempit, pergaulan bebas,melakukan jenayah dan sebagainya,” tanya beliau.
Image

                               PU Hafiz sedang menyampaikan ceramah

Beliau menyeru para ibu bapa dan pelajar yang hadir supaya kembali mengamalkan ajaran Islam yang sebenar dan berpegang kepada al-Quran serta hadith sebagai petunjuk jalan kebenaran.

Sepanjang program, pelbagai gerai pameran dan jualan diadakan. Antaranya gerai Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara, Jabatan Pertahanan Awam, Universiti Sains Islam Malaysia,Malayan Banking, Bank Simpanan Nasional dan beberapa gerai kedai buku.
Image
Pengarah Nurul Yaqeen menyampaikan cenderamata kepada PU Hafiz

Pengarah Urusan Yayasan Nurul Yaqeen, Puan Nor Zanah Jamari mengharapkan ibu bapa dan pelajar dapat menghayati mesej yang disampaikan sepanjang program. Yayasan yang dinaungi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin itu banyak terlibat dalam program kemasyarakatan,misalnya program Sekolah Dalam Hospital dan program motivasi di sekolah-sekolah.

Setiausaha program, Zaimah Sahar berpuas hati dengan kehadiran ibu bapa dan pelajar yang memenuhi ruang dewan. Fokus yang diberikan sepanjang program mencerminkan kesedaran mereka dalam mencari kesejahteraan diri, keluarga dan masyarakat.

Image
PU Hafiz menandatangani buku pelawatM

Mohd Aliff Rosman, 17, gembira kerana berpeluang berjumpa juara Pencetus Ummah dan Angkasawan Kedua Negara. Nasihat dan pedoman yang diberikan dapat dijadikan inspirasi kepadanya meniti arus kehidupan.

Dr Faiz menjadi tumpuan di mana-mana

Dr Faiz menjadi tumpuan di mana-mana

 

Suraya Jumali, 16, juga berasa bertuah kerana dapat melihat secara berdepan dua ikon negara dan akan menggunakan input yang mereka berikan ke arah menjadi pelajar bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s