LAWATAN KE PULAU PANGKOR, CAMERON HIGHLAND

Foto kenangan di Ladang Teh Boh Sungai Palas

Foto kenangan di Ladang Teh Boh Sungai Palas

Oleh: Mustaffa Siraj

Cameron Highland – 29 Mac – seramai 44 guru dan pelajar SMK Penghulu Saat menyertai lawatan ke Pulau Pangkor dan Cameron Highlands baru-baru ini. Pelbagai pengisian menarik didapati sepanjang lawatan berkenaan. Pelajar yang menyertai ialah pelajar kelas 5 Amanah.

Pemandangan indah di pantai Teluk Nipah

Pemandangan indah di pantai Teluk Nipah

Perjalanan pergi selama  sembilan jam berakhir di rumah Cikgu Khamsuldin di Parit, Perak. Kami dihidangkan nasi lemak panas, ayam goreng dan sambal sotong. Kami berpeluang melihat sawah padi berhampiran rumahnya.  Kemudian perjalanan diteruskan dengan menaiki feri lalu menuju tempat penginapan di Teluk Nipas Emas.

Foto kenangan di Chalet Teluk NIpah Emas

Foto kenangan di Chalet Teluk NIpah Emas

Kami berpeluang menaiki bot dan bersnorkel di kawasan lauh berhampiran. Seronok melihat anak-anak ikan berenang-renang di kaki kami ketika bersnorkel. Kami juga melawat tapak kota Belanda. Pada keesokan harinya, kami bertolak ke bandar Lumut dan membeli belah.

Image
Ahli rombongan bersnorkel di Teluk Nipah

Kami kemudian bertolak ke Cameron Highland melalui jalan Simpang Pulai. Di sana kami bermalam di Chalet Noraini yang selesa. Pada sebelah malam, kami melawat pasar malam yang sesak dengan pengunjung.

Pada keesokan harinya, kami melawat Rose Valley dan Ladang Teh Boh di  Sungai Palas. Di situ kami dapat meninjau bagaimana daun teh diproses di samping menikmati teh panas di kafe Boh. Enak sekali!

Foto di ladang teh

Foto di ladang teh

Kami meneruskan perjalanan ke Kg Sedia , kawasan tanaman strawberi bumiputera dan singgah sebentar di Lata Iskandar sebelum meneruskan perjalanan kembali ke Parit Sulong.

Lawatan itu memberi input berguna kepada ahli rombongan dan memberi pengalaman berharga kepasa semua yang mengikutinya.

 

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s