MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG DAN MESYUARAT AGUNG PIBG

Image
Tuan Haji Sudin Ahmad diperkenalkan kepada guru-guru SMKPS

Oleh: Mustaffa Siraj

Parit Sulong, 20 April – Majlis Anugerah Cemerlang dan Mesyuarat Agung PIBG SMK Penghulu Saat selamat dilangsungkan semalam. Majlis dirasmikan oleh wakil rasmi YB Datuk Noraini Ahmad,  Tuan Haji Sudin Ahmad.

Encik Masli mempengerusikan mesyuarat agung PIBG

Encik Masli mempengerusikan mesyuarat agung PIBG

Ketibaan beliau disambut dengan paluan kompang ahli kelab kompang dan persembahan ahli kelab silat. Beliau kemudian memerika barisan kehormatan 105 ahli badan beruniform SMKPS.

Image
Sebahagian ibu bapa yang hadir

Dalam ucapan alu-aluannya, Pengerusi PIBG, Encik Masli Mahpol  mengharapkan YB Datuk Noraini terus memberi perhatian kepada permohonan pihak sekolah demi kebaikan sekolah amnya.

Haji Sudin memotong kek atas kejayaan cemerlang dalam SPM

Haji Sudin memotong kek atas kejayaan cemerlang dalam SPM

Pemangku Pengetua SMKPS, Encik Razak Othman membentangkan pencapaian akademik dan kokurikulum tahun 2013 yang amat memberangsangkan. Dalam peperiksaan SPM, GPS telah menurun dengan banyak dan kedudukan SMKPS sebagai sekolah terbaik luar bandar di Batu Pahat serta berkedudukan nombor enam daerah memang wajar dibanggakan.

Pelajar cemerlang SPM 2013, Mohd Izaat Hashim menerima hadiah

Pelajar cemerlang SPM 2013, Mohd Izaat Hashim menerima hadiah

Tuan Haji Sudin Ahmad dalam ucapannya berjanji akan memanjangkan permohonan pihak sekolah kepada YB Datuk Noraini. Ahmad. Beliau gembira dengan pencapaian sekolah yang sangat baik dan berharap pencapaian itu diteruskan pada tahun hadapan.

Haji Sudin memakaikan track suit kepada Olahragawan sekolah, Mohd Idris

Haji Sudin memakaikan track suit kepada Olahragawan sekolah, Mohd Idris

Seramai 31 orang menerima anugerah, termasuk pelajar cemerlang PMR dan SPM, pelajar terbaik Tingkatan 1, 2 dan 4 serta pelajar yang mencapai kecemerlangan dalam kokurikulum.

Dalam mesyuarat agung PIBG, Encik Masli Mahpol mengekalkan kedudukan sebagai Pengerusi. Timbalannya disandang oleh Encik Ahmad Fadli.
Majlis berakhir jam 2 petang.

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s