CIKGU ABDUL RAHAMAN ITHNAIN BERSARA

 

Haji Rahmanan menerima cenderamata daripada Hajah Ramlah

Haji Rahmanan menerima cenderamata daripada Hajah Ramlah

Oleh: Mustaffa Siraj

Parit Sulong, 26 Mei – Setelah berkhidmat selama 36 tahun. Cikgu Abdul Rahaman Ithnain bersara hari ini. Beliau diraikan dalam satu majlis bersama pelajar pagi ini. Sebelum itu, beliau diraikan guru dan kakitangan semalam.

Pada majlis pagi ini, beliau dikompangkan dan diarak ke tapak perhimpunan. Hadir sama, isteri beliau. Turut hadir, Pengetua SMKPS, Puan Hajah Ramlan Sapuan, Pengerusi PIBG, Encik Masli Mahpol bersama seluruh warga sekolah.

Haji Rahaman punch card kali terakhir

Haji Rahaman punch card kali terakhir

Pengisian majlis, Haji Sharuddin Samsuri membacakan biodata diikuti acara deklamasi sajak oleh Puan Umi Kalsum Idham, Puan Zaimah Sahar dan dua orang pelajar.

Dalam ucapan Haji Rahaman, beliau mengimbas pengalaman selama 36 tahun sebagai guru, Antara jawatan yang dipegangnya ialah setiausaha sukan, setiausaha pembangunan dan bendahari PIBG.

Lambaian terakhir Haji Rahaman sebelum meninggalkan sekolah

Lambaian terakhir Haji Rahaman sebelum meninggalkan sekolah

Beliau kemudian bersalam-salaman dengan guru dan pelajar sebelum diarak keluar  sekolah menuju kereta Rondo miliknya.

Sidang blog mengucapkan selamat bersara kepada beliau.

SMKPS

 

 

 

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s